Showing posts with label sahol. Show all posts
Showing posts with label sahol. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

UiTM VS Khalid Ismath; Aprilfool

Aprilfool, UiTM tersalah langkah dengan mengerahkan seluruh anggota Polis Bantuannya untuk memperketatkan lagi pemeriksaan di pintu masuk utama. Namun apa yang menjadi persoalan adakah Khalid Ismath benar-benar berada disekitar UiTM semalam?


Sudahnya pengurusan yang kononnya nak jaga keamanan kampus sebenarnya dah susahkan 43000 pelajar mereka sendiri. Perlu ke pengurusan UiTM adakan sekatan jalan???

UiTM seharusnya lebih peka dan fokus dengan realiti yang berlaku sekarang. Seramai 43000 mahasiswa di UiTM telah sepakat menolak Khalid Ismath dan percaya bahawa bangsat pembangkang ini tidak boleh diterima pakai. Kata-katanya ibarat sampah.

Jadi tak perlu untuk UiTM adakan sekatan dan sebagainya hanya kerana seorang bangsat bernama Khalid Ismath!!!

Tapi kalau UiTM masih nak menghalang Khalid dengan sekatan yang menyusahkan pelajarnya sendiri, SILAKAN! Tapi jangan menyesal jika siswa UiTM mula serik dan mula memberi kepercayaan kepada si bangsat pembangkang ni.


Tengok! disebabkan UiTM cepat sangat melatah semalam, diri sendiri yang malu yang rugi!! Lu pikirlah sendiri....

#Lepas ni takpayah susah susah nak buat sekatan jalan. Semua orang dah tahu yang si MACAI ni tak boleh pakai. Kalau dia nak masuk UiTM biarkan sahaja kalau dapat tangkap dan tak payah buat sekatan jalan raya! Lagipun MACAI ni pengecut takde teloq tu pasai dia tak mai semalam...

Friday, November 11, 2011

Naib Canselor UiTM....Taniah...kenyataan yang tepat dan peringatan kepada mahasiswa UiTM supaya jangan nak memandai-mandai pulak..




Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda.

Katanya, ia kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.

Beliau berkata, universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
    
"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
    
Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu AUKU dipinda bagi memberi ruang dan kebebasan berpolitik kepada penuntut universiti.
    
Sahol Hamid berkata pada masa ini, penuntut telah diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan, dan ini sudah memadai.
    
"Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM. Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.
    
"Kalaupun minat sangat dengan politik, habiskan dulu pengajian. Di UiTM, pengajian kita adalah sangat intensif, jadi tidak ada masa untuk berpolitik," kata Sahol Hamid.
    
Mengulas lanjut, beliau berkata politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan.
    
Beliau berkata apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan.
    
"Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu," katanya.

- Bernama