Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Tsunami Politik antara Politik Talam Dua Muka vs Politik Melayu Islam




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Pilihanraya 13 sudah berlalu dan seperti mana kita ketahui Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menang dengan majority mudah seterusnya membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan.

Dalam kegembiraan meraikan kemenangan,keputusan pilihanraya jelas menunjukkan undi kaum cina berpihak kepada parti yang lebih kita ketahui banyak memainkan isu perkauman iaitu DAP.


DAP menang besar di Pulau Pinang serta di beberapa Bandar di Melaka,Negeri Sembilan,Perak serta Selangor. Undian pada PRU13 menunjukkan peningkatan 10 kerusi Parlimen berpihak kepada DAP berbanding PRU12 yang hanya 28 kerusi serta PRU11 12 kerusi sahaja. PK mengucapkan tahniah kepada rakan kongsi PR terutama PAS kerana berkurangnya kerusi parlimen yang dimenangi dan telah meningkatkan kerusi parlimen DAP.

Keputusan Pilihanraya 13

Polar pengundian jelas menunjukkan kaum cina menolak calon MCA serta GERAKAN,adakah mungkin ketua-ketua racist DAP ini memainkan sentimen sehingga dapat memujuk kaum cina mengundi mereka? Apa agaknya janji-janji manis serta perilaku alim mereka ini yang mana membuatkan orang melayu terutama dikalangan PAS serta PKR menyokong DAP laknat ini?


Sedar-sedar lah,PAS serta PKR,anda hanya boneka bagi DAP.DAP dibawah kepimpinan ketua-ketua laknat mereka selama ini menuduh UMNO racist tetapi puak-puak mereka inilah boleh dikatakan BAPAK kepada racist. Sebelum keputusan PRU13 diumumkan,media-media luar terutama media Singapore begitu teruja akan keputusan pilihanraya yang ditandingi DAP sehingga seringkali mengulang tayang apa-apa keputusan kemenangan yang berpihak kepada DAP laknat ini.

PK bukan hendak menakut-nakutkan pembaca tetapi berharap para pembaca memberi sedikit ruang untuk berfikir sebab musabab negara jiran kita berbuat demikian. Adakah mungkin kerana hubungan akrab DAP anak kepada PAP salah satu parti pemerintah di Singapore seperti LKS dengan anaknya LGE? Anda ada akal untuk berfikir,renung-renungkanlah…

Wednesday, March 21, 2012

Mahasiswa TIDAK percaya kepimpinan Najib...

Lebih 15 ribu mahasiswa IPTA menanti kedatangan PM sebentar tadi ke UiTM selaku tuan rumah dgn penuh semangat membuktikan mahasiswa IPTA menaruh harapan tinggi kpd Dato Sri Najib utk meneruskan kepimpinan Negara.





Ini membuktikan bahawa mahasiswa berterima kasih kpd kerajaan dan menolak budaya berdemostrasi.

Terima kasih PM.

Saturday, February 4, 2012

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah


Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.

Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Saturday, November 5, 2011

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan sifat Rahman dan RahimNya maka kita dianugerahkan lagi dengan sambutan Aidiladha. Kita berada di hari ibadat dengan penuh kegembiraan dengan mengingati Allah S.W.T. Kita diharamkan berpuasa selama empat hari berturut-turut sebagai menyatakan kegembiraan kita. Ketahuilah bahawa, Syariat Aidiladha jelas membawa bersamanya banyak mesej dan pengajaran kepada umat Islam.

Pada bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengagungkan Allah S.W.T. yang telah mengurniakan kemakmuran, keamanan, ketenteraman serta kestabilan ekonomi negara kita. Dengan demikian kita dapat beramal dan melaksanakan tugas harian kita dengan sempurna. Ekonomi negara kita semakin berkembang dan kita hidup dalam suasana aman damai.

Justeru, tidak ada amalan yang paling mulia pada bulan ini melainkan membelanjakan harta benda dan wang ringgit dalam batas yang sewajarnya dengan melakukan ibadah korban pada tanggal 10 hingga 13 Zulhijah. Ianya merupakan tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. serta sama-sama dapat membantu orang lain khususnya fakir miskin dalam menikmati daging korban tersebut.
Sesungguhnya, pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidiladha ini adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam.

Banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan kita.  Kekuatan yang ada juga dapat dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara. Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu.

Sememangnya, konsep kesatuan dan kesamaan amat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan silaturrahim sesama umat. Ia terlalu penting sehingga Rasulullah S.A.W. memperingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada’ di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Maksud sabda Baginda “ Wahai Manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang yang berkulit hitam juga tidak ada kelebihan atas orang yang berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan Takwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa”.

Akhirnya, saya dan isteri serta keluarga yang sekarang berada di Mekah Al-Mukarramah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua berada. Di Tanah Suci ini juga, saya mendoakan kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia. Saya turut mendoakan agar kita di beri kemurahan rezeki bagi membolehkan ekonomi diri, keluarga dan negara terus berkembang dan negara kita kekal dilimpahi kemakmuran.

Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan Aidiladha ini melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.