Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Pas dan rukun hajinya sendiri...



Tidak sah haji rakyat Malaysia tahun ini jika ikut mahzab PAS sebab rukun haji dah bertambah...
Sebab TIDAK BOLEH pegi haji kena tukar pemerintahan yg zalim...
Tapi pemerintah yg zalim ini bagi pegi haji pulak....
Siap bagi subsidi haji lagi...

Lepas itu desak kerajaan jangan adakan PRU 13 musim HAJI..
nak SURUH majlis FATWA HARAMKAN PRU pada musim HAJI..
Desak pulak umum tarikh PRU 13 untuk HILANGkan keresahan BAKAL HAJI PAS..

Tak tau la jika ada kursus HAJI ANJURAN DAP kata kena pergi haji pikir politik...
Kena doakan kehancuran BN...
Kena doakan LIM GUANG ENG dapat hidayah...

MAT Sabu dah pergi haji ke?
Anwar IBrahim mcm mana pulak?

Rasanya kerajaan kena bagi special kouta utk pemimpin ISLAM pembangkang pergi HAJI melalui tabung HAJI la...
Baru dia tahu apa yg ada dalam kursus haji tu....

Jika betul pun jatuh pada musim HAJI...

Berdasarkan kuota sekarang dan bilangan penduduknya, Malaysia menghantar 26,000 jemaah haji ke Mekah pada tahun ini.

Takkan 26,000 ini semua ahli PAS...

Kalau macam tu penduduk Kampung tak sokong BN la..
BN pilih kasih dalam pemberian kouta HAJI sebab bagi semua kat ahli PAS..
Sebab semua bakal HAJI adalah AHLI PAS..
AHLI UMNO tak de yg boleh pergi haji ke??


Aduh...PAS..PAS... Jika betul ke perjuangkan ISLAM...

Patut desak kerajaan jadikan kouta 260,000 ke...
Bakal HAJI dapat RM10,000 duit poket ke..
Anak-anak yang tinggal, kerajaan kena tanggung pembelanjaan mereka...

INI desak ikut telunjuk DAP..


Pikir-pikirkan...


Wednesday, March 21, 2012

Mahasiswa TIDAK percaya kepimpinan Najib...

Lebih 15 ribu mahasiswa IPTA menanti kedatangan PM sebentar tadi ke UiTM selaku tuan rumah dgn penuh semangat membuktikan mahasiswa IPTA menaruh harapan tinggi kpd Dato Sri Najib utk meneruskan kepimpinan Negara.





Ini membuktikan bahawa mahasiswa berterima kasih kpd kerajaan dan menolak budaya berdemostrasi.

Terima kasih PM.

Monday, March 5, 2012

Jangan lupa sejarah Mahasiswa





“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak

ADA banyak perkara yang boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.

Bagi generasi yang lahir selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.

Kita mengingati 13 Mei sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.


Dua etnik yang membentuk majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar, dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip mata.





Malaysia baru berusia enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963, membentuk Malaysia.

Singapura ditendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga menguris hati orang-orang Melayu di sini.

Kuan Yew dan parti PAP sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan, berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali sebagai DAP.

Adakah rusuhan kaum terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?

Sudah tentu tidak, 13 Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kata Tunku, “faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”





Beliau menyenaraikan beberapa kejadian antaranya, berbagai-bagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.

Selain itu,pada Jun 1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.

“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu,” kata Tunku yang telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.

Juga kematian seorang petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan “Jangan mengundi dalam pilihan raya”

Peristiwa lain yang turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei, sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24, mati ditembak pihak berkuasa.

Tunku mengenang semula peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

“Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital.”

Pembangkang dan komunis kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei 1969, perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh.

Perarakan dengan berbagai-bagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.

Keesokan harinya, 10 Mei merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum itu.

Mereka yang mabuk kemenangan berarak pula meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol menghalau orang Melayu”

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih.

“Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya.

Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.

Dan pada 13 Mei, orang-orang Melayu pula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas perarakan kemenangan pembangkang.

Akhirnya, apa yang terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit,” imbas Tunku.

Hari ini, generasi saya barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh berulang.

Melihat kepada keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat sejak pilihan raya umum lepas, amat menggusarkan.

Politik bagi pembangkang kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.

Jika perlu rakyat dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan sehingga pilihan raya umum nanti.

Soalnya, bagaimana jika pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat Malaysia lainnya?

Satu yang kita belajar dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.

Kini selepas 42 tahun kejadian itu, adakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?

Ingat kata-kata Tunku bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai,”.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai-bagai perkara sejak beberapa tahun terakhir ini.

Adakah kita tidak dapat melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.

Provokasi akan dibalas provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini, PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bagi menghalangnya.

Apa akan jadi! Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)





Belajarlah dari sejarah, belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.

15/6/2011-OLEH HELME HANAFI
http://www.agendadaily.com/NASI-TAMBAH-HELME-HANAFI/himpunan-bersihdan-imbasan-kenangan-menjelang-13-mei-1969.html


Thursday, March 1, 2012

Harakah..kah..kah.. Jilat balik Ludah tu..

Rakyat terus ditipu..Sampai bila?




Jom TUKAR..



Mereka ini terus menipu RAKYAT..


Undilah..

Wednesday, February 29, 2012

Memang patut pun ustaz ni dipukul



Nota: Kalau dipukul, mesti ada kecederaan. Teknik, mendakwa dipukul tanpa kecederaan atau kecederaan yang dibuat-buat ni memang 'kepakaran' pembangkang. Malah pelajar pro-pembangkang (geng Adam Adli dan Safuan Anang) juga menggunakan teknik yang sama ketika langgar pintu kaca untuk tawan klinik depan UPSI. Malah ada yang diberitakan sudah nazak dipukul, patah rahang, rusuk dan berterabur gigi, tapi bila diperiksa, tak nampak pula kecederaan seperti yang didakwa. Jadi eloklah Badrul dibawa bukti-bukti bahawa dia dipukul. Pendapat saya la, kalau kena pada mana-mana suami pun memang patut pun ustaz ni dipukul. 

Dakwaan Samseng 20 orang pukul Badrolamin Hanya Satu Pembohongan - Suami Watiwani

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.


Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.
Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.
Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden

Sumber :http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/jaip-suami-wati-badrol-tipu-tiada.html




Saturday, February 4, 2012

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah


Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.

Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Jom tolong Anwar Ibrahim Jawab soalan ini...

Anwar Ibrahim yang suka mengaku tidak sehat dan selalu memberi idea untuk kehancuran umat ISLAM, MELAYU & MALAYSIA



Skema jawapan SALAH boleh didapati di blog-blog Pakatan Haram.. Semua jawapan adalah sama... Selamat mencuba..

Pertama : Keterlibatan anda di dalam penerbitan buku “Building Moderate Muslim” oleh RAND. Adakah Anwar Ibrahim berfahaman liberalime/Islam sederhana ?

Kedua : Mengapa anda dijemput/memilih mengajar di Georgetown University?
Ini apa yang saya dapat di Wikipedia. Newsweek, however, rated Georgetown University among its top “Gay-Friendly Schools” in 2010.[119]
In 2011,College Magazine ranked Georgetown as the tenth most hipster U.S. college,[120]
while People for the Ethical Treatment of Animals considered it the third most vegan friendly small U.S. school.[121]

Ketiga : Kenapa Anwar Ibrahim terlalu kerap ke USA atau terlibat dgn media USA? Allahyarham Fadzil Noor/ Lim KS yang pernah manjadi ketua pembangkang pun jarang melakukan demikian.

Keempat : Keterlibatan anda sebagai pembangkang hampir 14 tahun tidak menampakkan kekayaan anda tergugat berbanding dengan pemimpin pembangkang yang lain. Dari manakah sumber kewangan Anwar Ibrahim?


Jawapannya...

Ini semua salah ANUgerah..


Monday, October 31, 2011

Duit..duit...bukan kerana ALLAH S.W.T...sembang je lebih PASberg ni...



Sebelum ni kata kita berjuang bukan sebab duit....
Kita berjuang di Jalan Allah....
Pangkah PAS masuk syurga la....
Kena telus...intergriti...
Berkebajikan la...
Orang lain rasuah...kita tidak...
Kita perjuang HUDUD la....


Korang pikir la sendiri...

Ini semua PENIPU RAKYAT....


Undi lah BARISAN NASIONAL....

Thursday, October 27, 2011

Imam Besar Masjidil Haram gembira dengan perkembangan ISLAM di Malaysia


Imam Besar Masjidil Haram gembira dengan perkembangan ISLAM di Malaysia

Yang tidak gembira dengan perkembangan ISLAM di Malaysia adalah umat PAS dan umat Pakatan HARAM.

Umat PAS dan Umat Pakatan HARAM akan cuba menafikan apa yang UMNO dan BARISAN NASIONAL perjuangkan sebab Umat PAS dan Umat Pakatan HARAM hanya taat kepada individu bukan AGAMA.

Umat PAS dan Umat Pakatan HARAM dibakar semangat untuk membeci umat ISLAM Malaysia dengan perjuangan palsu pemimpin mereka.

Pemimpin PAS dan Pakatan HARAM memperalatkan umat PAS untuk berkuasa dengan mengatakan :
  • "kita akan tutup kilang arak"
  • "kita akan laksanakan HUDUD"
  • "Undi PAS masuk SYURGA"
  • "undi UMNO kafir"
  • "Jangan sentuh NIk Aziz"
  • "kerajaan sekarang zalim..."
Hakikatnya :
  • Hotel murah bertambah di Selangor.
  • Gereja boleh anjur majlis berbuka puasa.
  • Rumah urut bertambah di Selangor.
  • Peniaga dikenakan sewa yang tinggi di PKNS.
  • Majoriti peniaga Islam dan Melayu pasar malam hilang pendapatan apabila tapak pasar malam diubah ke ceruk kampung
  • Pemimpin yang membela ISLAM digantung dan dihina. (Hassan ALI)
  • Pemimpin yang mengutuk ISLAM diangkat dan diagungkan. (Aziz Bari)
  • Pemimpin yang kotor dan najis dibenar berceramah dan memberi sumbangan di surau dan Masjid.
Mentadbir negara ini cukup sekadar menggunakan nama ISLAM sahaja?
Mentadbir negara ini cukup sekadar berkata kita perjuangkan ISLAM sahaja?
Mentadbir negara ini cukup sekadar perwatakan ISLAM sahaja?
Mentadbir negara ini cukup sekadar pemimpin menyebut potongan surah dan hadis sahaja? Dimana terjemahan dan perbincangan mereka yang berkelayakan?
Mentadbir negara ini cukup sekadar berkata kita akan turunkan harga minyak dan lain2..?

Adakah kita mampu menyekat tekanan negara jiran dan barat?
Adakah kita mampu menyekat tekanan ekonomi di dalam Malaysia yg dikuasai oleh bangsa lain?
Adakah kita mampu menyekat tekenan agama lain di Malaysia?
Adakah kita mampu menyekat tekenan fitnah individu yang memikirkan kuasa sahaja?

Adakah Malaysia ini kuasa dunia? 
Adakah Negara-negara ARAB dan ISLAM lain akan membantu Malaysia jika berlaku huru-hara? Apa yang terjadi di Palestine, LIBYA, IRAQ, MESIR dan lain-lain?


Undi lah BARISAN NASIONAL.







Friday, October 21, 2011

HIMPUN : Himpunan sejuta umat SELAMATKAN Aqidah


Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM sebut..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM fitnah..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM dengki..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM keluarkan fatwa..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM bertindak..

biarlah.. kita ingatkan PAS dan Pakatan HARAM...mereka 

PAS dan Pakatan HARAM bukan HAKIM bagi agama ISLAM di MALAYSIA.
PAS dan Pakatan HARAM bukan pusat rujukan agama ISLAM di MALAYSIA.
PAS dan Pakatan HARAM bukan PEJUANG agama ISLAM di MALAYSIA.

Jangan lah kita UNDI PAS di PRU 13 nanti.

Bila BERSIH PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila HINDRAF PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila Hapuskan ISA PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila nak gulingkan kerajaan PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila KUIL dirobohkan PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila Nik Aziz bersuara..PAS dan Pakatan HARAM kata kene hormat..itu fatwa...
Bila kutuk tindakan Hassan Ali dan Sultan Selangor PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.

Tetapi..

Untuk SELAMATKAN AQIDAH umat ISLAM MALAYSIA....

Macam-macam alasan diberi..
Ini tak boleh..
Itu tak boleh..
Ini bukan cara Islam..
Ini politik..
Itu perangkap..
Ini tok guru kita tak ajar la..

Undilah BARISAN NASIONAL di PRU 13 nanti..

Terbukti BARISAN NASIONAL 


Membela Umat ISLAM dan Agama Lain.
Membela Nasib org Melayu dan bangsa lain.
Membela Nasib umat Islam seluruh dunia.
Memperjuangkan Islam.
Mempertahankan Islam..




Bersama kita mempertahankan Aqidah Umat ISLAM MALAYSIA...