Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Tsunami Politik antara Politik Talam Dua Muka vs Politik Melayu Islam




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Pilihanraya 13 sudah berlalu dan seperti mana kita ketahui Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menang dengan majority mudah seterusnya membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan.

Dalam kegembiraan meraikan kemenangan,keputusan pilihanraya jelas menunjukkan undi kaum cina berpihak kepada parti yang lebih kita ketahui banyak memainkan isu perkauman iaitu DAP.


DAP menang besar di Pulau Pinang serta di beberapa Bandar di Melaka,Negeri Sembilan,Perak serta Selangor. Undian pada PRU13 menunjukkan peningkatan 10 kerusi Parlimen berpihak kepada DAP berbanding PRU12 yang hanya 28 kerusi serta PRU11 12 kerusi sahaja. PK mengucapkan tahniah kepada rakan kongsi PR terutama PAS kerana berkurangnya kerusi parlimen yang dimenangi dan telah meningkatkan kerusi parlimen DAP.

Keputusan Pilihanraya 13

Polar pengundian jelas menunjukkan kaum cina menolak calon MCA serta GERAKAN,adakah mungkin ketua-ketua racist DAP ini memainkan sentimen sehingga dapat memujuk kaum cina mengundi mereka? Apa agaknya janji-janji manis serta perilaku alim mereka ini yang mana membuatkan orang melayu terutama dikalangan PAS serta PKR menyokong DAP laknat ini?


Sedar-sedar lah,PAS serta PKR,anda hanya boneka bagi DAP.DAP dibawah kepimpinan ketua-ketua laknat mereka selama ini menuduh UMNO racist tetapi puak-puak mereka inilah boleh dikatakan BAPAK kepada racist. Sebelum keputusan PRU13 diumumkan,media-media luar terutama media Singapore begitu teruja akan keputusan pilihanraya yang ditandingi DAP sehingga seringkali mengulang tayang apa-apa keputusan kemenangan yang berpihak kepada DAP laknat ini.

PK bukan hendak menakut-nakutkan pembaca tetapi berharap para pembaca memberi sedikit ruang untuk berfikir sebab musabab negara jiran kita berbuat demikian. Adakah mungkin kerana hubungan akrab DAP anak kepada PAP salah satu parti pemerintah di Singapore seperti LKS dengan anaknya LGE? Anda ada akal untuk berfikir,renung-renungkanlah…

Tuesday, April 30, 2013

Dendam,PAS mula SERANG peribadi Dr.Mazlan



“Ko kalo dh duk Pinang ko tahulah macam mana,kami ni orang melayu ditolak jauh dari kawasan bandar”

PK teringat akan dialog yang kawan perempuan PK ucapkan,dia berasal dari Pulau Pinang. Terdetik dalam hati teruk sangat kah cara pemerintahan PR nih yang lebih merujuk kepada DAP. Anwar Ibrahim tak tolong kew bangsa sendiri? Ke hanya ingin menjaga rakan sepakatan hingga maruah bangsa yang seagama x dijaga.

Dari titik itu PK tertarik untuk mencari maklumat tentang kerusi Permatang Pauh yang mana menjadi tempat Anwar Ibrahim bermaharajalela. Macam-macam perkara yang sekarang ini hangat diperkatakan tentang kedudukan Anwar Ibrahim serta lawannya di Permatang Pauh.


Dr. Mazlan disamping isteri tersayang
Gerakerja PAS di Permatang Pauh nampak sedikit lesu selepas isu rampasan kuasa PKR di Sungai Acheh. Mereka kelihatan hilang semangat untuk berkempen ditambah dengan pencalonan Dr. Mazlan bekas ahli PAS totok untuk menentang DS Anwar Ibrahim.

Setelah tiada isu yang cuba dibangkitkan akhirnya mereka cuba menyerang peribadi calon BN,Dr. Mazlan walaupun mereka tahu agak sukar untuk mencari kekhilafan bekas ahli PAS tersebut. Namun Harakah melaporkan Bekas Setiausaha Pas Pulau Pinang,Haji Abdul Aziz Shafiee bertekad untuk mendedahkan siapa sebenarnya calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh,Dr. Mazlan Ismail.

Sewaktu bersama PAS Dr. Mazlan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri. PK yakin pendedahan oleh bekas SU berkaitan Dr Mazlan ini adalah arahan daripada Anwar Ibrahim yang sibuk berkempen di seluruh Malaysia hingga tidak sempat bertemu pengundi di Pulau Pinang. 

Walaupun sering kali diperbodohkan oleh rakan-rakan mereka,PAS tidak pernah serik serta belajar dari kesilapan lalu. Ini kerana PAKATAN sudah mati akal untuk menyerang peribadi Dr Mazlan yang berimej bersih selain melihat sokongan bertambah terhadapnya dari rakyat Permatang Pauh . 

Taktik kotor pencacai-pencacai Pakatan di saat-saat akhir ini sudah dijangka tapi PK yakin pengundi di Permatang Pauh tidak mudah percaya fitnah dilemparkan Pas ini kepada Dr Mazlan .


p/s: disini PK selitkan luahan rasa anak Dr.Mazlan terhadap DSAI. Kepada penyokong Anwar yang meroyan mintak bukti,sila khatam link yang disertakan ye..

  1. http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/04/ekslusif-surat-anak-dr-mazlan-ismail.html
  2. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html
  3. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html
  4. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html
  5. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html
  6. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html
  7. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html
  8. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html
  9. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html
  10. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html
  11. Penutup. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html

Monday, March 12, 2012

"Dosa-dosa yang dibolehkan dalam PAS DAP PKR - Pakatan Haram"



Pengorbanan yang Dato Seri Shahrizat lakukan hari ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin Pembangkang.  Kita saksikanlah sendiri apa yang terjadi bila sesuatu isu melibatkan pemimpin pembangkang :

1) Anwar telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yg basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.

2) Nik Aziz masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS.

3) PAS masih meletak semula ADUN Selising walaupun beliau sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan beliau hanya berseluar dalam.

4) Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogelnya.

5) Badrul Amin masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 2 pagi dlm sebuah bilik hotel di Kuantan.



6) Anwar yg kantoi bila gambar video lucahnya dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato Eskay, masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang.

7) Nik Aziz yg kantoi kerana nak pergi menunaikan Haji dengan duit hasil Suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia walau 5 sen.

8) Ir Ariffahmi Bin Abd Rahman, Menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit,Nik Aziz tak pernah rasa bersalah.


Tuesday, March 6, 2012

Anwar Ibrahim DIBELASAH TUN DAIM ZAINUDDIN. .



"DAP dan Pas mungkin mempunyai perselisihan faham tetapi itu tidak mungkin memindahkan undikepada UMNO. UMNO perlu mendapatkannya." - TUN DAIM ZAINUDDIN 

SOALAN : Bagaimana Tun melihat mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dan pada pandangan Tun apa perancangan beliau seterusnya dalam politik tanah air?

TUN DAIM: Ini telah membuktikan teori konspirasi dan badan kehakiman tidak bebas adalah tidak benar. Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai rekod beliau. Beliau berjanji untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008. Kini telah terdedah bagaimana beliau merancang untuk melakukannya. Menurut satu laporan, beliau mahu menggunakan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk membeli Ahli Parlimen BN. Bercakap tentang memerangi rasuah tetapi cuba membentuk kerajaan dengan cara memberi rasuah kepada Ahli Parlimen. Semestinya perkara ini benar kerana jika tidak sudah pasti beliau akan bertindak menyaman? Tetapi setakat ini, beliau hanya berdiam diri dan ia adalah sangat tipikal bagi sesetengah ahli politik. Bercakap lantang dan menuduh orang lain tetapi pada hakikatnya mereka juga mengamalkan salah laku seperti tuduhan yang dilemparkan kepada orang lain. Akhirnya paku dulang paku serpih, kata orang dia lebih.

Adalah ganjil melihat DAP dan Pas turut mendiamkan diri juga. Adakah mereka juga bersubahat dengan PKR untuk melakukan rasuah demi untuk ke Putrajaya? Saya pasti semua rakyat Malaysia ingin mendengar dari mereka.
Rancangan Anwar dari dulu hingga sekarang tidak bertukar. Beliau tetap bercita-cita jadi PM.




SOALAN : Sepanjang menjadi anggota Kabinet dan ahli kanan UMNO, bagaimana Tun melihat Anwar Ibrahim ketika masih di dalam Kabinet, selepas pemecatan dan pada masa sekarang?

TUN DAIM:  Saya fikir soalan ini sesuai ditanya kepada Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi dan Anwar bersama-sama di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), ABIM dan kemudian dalam Kabinet. Beliau lebih mengenali Anwar berbanding saya. Saya enggan bercakap tentang orang lain tetapi kerana anda bertanya saya akan menjawab.

Apabila kami berada di dalam Kabinet kita memang rapat. Kami adalah kawan. Selepas sahaja dia dipecat, dia melayan saya sebagai musuh. Tidak wujud dalam karakternya untuk mengakui kelemahannya sendiri dan saya berfikir bahawa dia perlu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dan Anwar telah memilih saya sebagai salah seorang daripada mereka. Ini kerana dia tahu bahawa saya tidak akan menjawab pengkritik saya secara terang-terangan dalam debat terbuka. 

Pada penilaian saya, Anwar adalah seorang yang sentiasa bercita-cita tinggi dan cita-citanya itu telah membutakan beliau mengenai kebenaran, kejujuran dan kesaksamaan. Anwar mahu menjadi Perdana Menteri dan tidak peduli bagaimana dia melakukannya. Sayang sekali dia tidak dapat mengatasi kelemahannya untuk menyerlahkan kebaikan beliau. Kami tidak pernah berjumpa sejak tahun 1999.

Dengan pembebasan Anwar, pasti beliau akan lebih agresif dalam kempen menjatuhkan kerajaan serta memburukkan kerajaan di luar negara. Dari satu sudut ia dilihat menyuburkan sistem demokrasi tetapi pada masa yang sama tidakkah beliau dilihat keterlaluan dalam menyemai kebencian sama ada terhadap rakyat mahupun negara luar?

TUN DAIM:  Anda bercakap mengenai kehadiran Anwar di setiap laluan kempen dan kekerapan beliau dalam temu bual dan ucapan di luar negara yang digambarkan sebagai “memburuk-burukkan” negara. Bagi Anwar dilihat di luar negara dan mendapat perhatian adalah sesuatu yang amat disukainya untuk menarik populariti sedangkan dia sedang berjuang untuk pilihan raya di Malaysia. Sebelum ini pun beliau telah menarik perhatian dari luar negara, jadi apa yang baru?

Jika saya masih ingat dengan betul, temu bual utama beliau di peringkat dunia adalah semasa selepas episod 2 September 1998 kepada majalah TIME. Temuramah telah dijalankan di Malaysia, sehingga beliau ditangkap. Ini kerana sebelum itu beliau sibuk menggesa rakyat Malaysia untuk marah pada kerajaan dan Dr. Mahathir ke atas apa yang telah menimpa beliau. Sejak Anwar dibebaskan pada tahun 2004, terdapat beberapa temu bual yang dijalankan di Malaysia. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa media antarabangsa, lebih suka wawancara dilakukan di pejabat atau di bandar-bandar di luar negara. Adakah ini menunjukkan penurunan yang ketara dalam populariti Anwar sebagai bahan berita? Dalam hal ini, adalah perkara biasa bahawa sesetengah berita akan berkurangan popularitinya dalam satu tempoh tertentu. Dari satu sudut, berita Anwar lawan Mahathir sudah tidak lagi wujud. Mahathir telah digantikan dengan Abdullah Badawi yang mana cerita mengenai Saiful timbul, dan diambil alih oleh Najib Razak.

Di satu sudut Najib-Anwar tidaklah membangkitkan satu situasi seperti mana banyaknya episod Mahathir-Anwar. Sebahagiannya kerana Najib tak ambil peduli pun untuk menyatakan sentimen yang kuat untuk menentang Anwar. Mungkin terdapat pelobi yang menjelajah ke luar negara untuk bercakap dari sudut berita Najib-Anwar untuk memastikan berita itu tidak surut.

Salah satu sebab kenapa Anwar mahu melakukan semua wawancara di luar negara adalah untuk menunjukkan kepada pengundi di Malaysia bahawa beliau adalah personaliti utama dunia oleh itu berita itu mesti diambil secara serius. Anwar telah mengambil risiko yang berhati-hati. Beliau pasti sedar bahawa beliau harus ‘menghasilkan’ kata-kata’ yang kuat dan hujah-hujah yang kontroversi, ‘berani dan meyakinkan’, supaya lebih ramai wartawan mahu menemubual beliau agar mereka dapat menjadi orang pertama yang memetik hujah-hujah kukuh daripada Anwar pada saat mereka berharap untuk mewujudkan semula model seorang pemimpin Islam yang ideal. Seorang pemimpin Islam ideal kepada mereka adalah:

  •  liberal
  • menerima trend sejagat seperti hak gay
  • tidak bermusuhan terhadap Israel dan Amerika Syarikat
  • mengutuk ekstremisme.


Itulah mengapa kita lihat BBC memintanya mengulas mengenai undang-undang mengenai homoseksual dan Wall Street Journal mengenai Israel. Anwar kini cuba untuk menampilkan dirinya sebagai ‘pemimpin Islam yang diterima ramai’ dan beliau berjaya mendedahkan kenyataan yang mereka mahukan. Tetapi di peringkat tempatan, kita tahu bahawa pendirian Anwar ini telah didorong oleh pihak asing.

Rakyat Malaysia mesti menganalisis aspek lain yang dilakukan melalui kempen media oleh Anwar, seperti dakwaan beliau terhadap kerajaan dan negara dalam penipuan pilihan raya yang tersebar luas atau amalan rasuah yang keterlaluan. Lebih banyak usaha beliau melanjutkan kempen di luar negara, Anwar akan cuba mendedahkan apa yang dikatakan sebagai ‘dosa kerajaan’. Sedangkan dalam istilah politik Amerika beliau sedang melancarkan kempen negatif.

Apakah beliau perlu menyerang Malaysia di luar negara? Padahal Anwar hanya perlu menonjolkan kejayaan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat kepada pengundi di Malaysia dan kemudian barulah mencadangkan agar Pakatan Rakyat diberi peluang untuk melakukan keajaiban apabila memegang Putrajaya. Anwar tidak melakukan ini kerana dia menghabiskan terlalu banyak masa di luar negara. Beliau misalnya adalah penasihat ekonomi kepada Kerajaan Selangor

Kekurangan ilmu dalam bidang-bidang ekonomi telah mencacatkan kerjaya politik beliau. Anwar tidak mempunyai keupayaan untuk memahami isu ekonomi yang kompleks. Beliau cenderung untuk menghafal dan kemudian mengulang seolah-olah dia membaca dari lirik lagu. Apabila dicabar atau ditanya soalan yang sukar, beliau akan hilang keseimbangan. Beliau bukan seorang pemikir ekonomi. Anwar adalah seorang pemidato dengan gaya Sukarno. Dia adalah acuan Sukarno. Cuba anda dengar semula semua wawancara beliau, dan dengan mudah anda akan dapat membuat senarai frasa yang beliau gunakan sepanjang masa.

Saya melihat lebih kerap Anwar ke luar negara ataupun dalam negara ‘hanya untuk menyerang’, akan lebih teruk kerenggangan antara pengundi di negara ini.

Bagaimanapun Anwar telah berhadapan dengan pelbagai masalah peringkat tempatan kerana wawancara di luar negara. Beliau telah menyalahkan media arus perdana kerana “memanipulasi” pada hal petikan temu bual beliau boleh diperolehi.



Anwar adalah ancaman kepada UMNO dan BN tetapi pada pendapat saya, ancaman yang lebih besar adalah Pas. Saya melihat Pas sebagai lawan yang lebih hebat. Tetapi ia perkongsian dalam tindak balas terhadap Anwar kerana pakatan terdesak untuk menjadikan Anwar sebagai pemimpin mereka. Saya boleh melihat dia cuba untuk menjadi PM sepanjang hidupnya. Tidak ada yang salah dengan tindakan itu. Beliau boleh terus mencuba. Bagaimanapun beliau harus menjadi kurang negatif dan menawarkan fakta dan bukti empirik dalam melakukan perubahan. Seperti yang saya katakan tadi, hari demi hari golongan menentang Anwar semakin ramai kerana beliau masih berada di landasan, retorik dan dakwaan yang sama sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya fikir strategi terbesar dan paling berkesan bagi UMNO-BN adalah untuk terus menambah baik hal-hal ekonomi, menyediakan perumahan yang lebih baik, lebih banyak taman-taman, pengangkutan awam bertaraf dunia dan universiti-universiti bertaraf dunia.

Kita perlu mengalihkan isu mengenai Anwar dan kita harus menghantar beberapa orang pemimpin muda untuk menangani semua dakwaan yang beliau lemparkan. Pemimpin-pemimpin yang lebih berketerampilan dan berpersonaliti tinggi perlu bercakap mengenai isu-isu yang melibatkan rakyat Malaysia seperti pendidikan dan ekonomi. Pemimpin tidak harus terperangkap dengan taktik Anwar. Ia bukan satu keperluan serta bukan mandat untuk dibentangkan kepada kerajaan. Mandat sebenar adalah untuk melaksanakan kesejahteraan, kualiti hidup, melindungi persekitaran, memastikan hidup yang lebih selamat, membanteras rasuah dan pembaziran serta mempunyai kerajaan yang cekap dan amanah. Semua ini harus disampaikan dan diambil perhatian.

Harapan Anwar paling besar adalah untuk mengalihkan perhatian kerajaan. Jika kita bermain mengikut rentak beliau, Anwar akan bergembira dan melekakan kita lebih lama daripada apa yang kita sangkakan.

Pembebasan Anwar, dalam jangka panjang mampu meningkatkan lagi peluang UMNO-BN untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik pada PRU 13 kerana ia telah meminggirkan alasan utama beliau untuk menyalahkan kerajaan.

Setiap orang adalah berhak menyatakan pandangan masing-masing dan dalam kes Anwar, ia adalah survival politik beliau dan dia akan berbuat apa-apa untuk menjadikannya relevan. Apa yang saya tidak boleh diterima adalah semua itu dilakukan untuk agenda peribadi beliau. Anwar telah melemahkan institusi-institusi penting seperti mahkamah, polis, institusi kerajaan dan pelbagai lagi yang mana ia adalah penting dalam proses mewujudkan sebuah masyarakat sivil. Dengan serangan berterusan terhadap institusi-institusi ini, Anwar telah membuatkan masyarakat hilang keyakinan dan penghormatan terhadap institusi ini. 

Jika anda mengikuti pemikiran beliau, jadi ia adalah dibenarkan untuk melanggar peraturan lalu lintas kerana polis mengamalkan rasuah, ia adalah dibenarkan untuk hidup tanpa undang-undang kerana beliau berkata, polis dan badan kehakiman tidak telus dan sebagainya. Memang benar, terdapat ‘epal buruk’ di mana-mana institusi tetapi institusi itu sendiri perlu dipelihara, malangnya Anwar telah sentiasa mengganggu gugat kesejahteraan masyarakat kita. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

SOALAN : Apa perubahan paling penting perlu dilakukan UMNO dan BN bagi memastikan survival mereka terus diterima rakyat yang majoritinya dilahirkan selepas merdeka?

TUN DAIM:  Paling penting adalah berubah dalam cara melakukan kerja. PM pernah berkata ubah atau rebah. UMNO mesti telus serta memerangi rasuah dan pembaziran habis-habisan. Mereka yang lahir selepas merdeka berbeza dengan pengundi sebelumnya. Mereka kini berpendidikan, selain sangat bermaklumat selain celik IT. Dalam tahun 60-an, ibu bapa yang mempengaruhi mereka tetapi hari ini mereka cuba mempengaruhi ibu bapa mereka melalui pengetahuan hal semasa serta berdebat dengan disokong fakta dan angka yang meyakinkan. Mereka memahami maksud inflasi selain turut dipengaruhi dengan keadaan tersebut. Mereka juga memahami perkara berkaitan ekonomi dan kewangan. Ini adalah generasi yang berbeza. Jika BN tidak menghargainya, mereka tidak akan mendapat undi.




Monday, February 27, 2012

Matlamat menghalalkan cara...


Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan ‘urusan’ lain.


Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom (gambar – bawah) kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.
Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.
Beliau kini bekhidmat sebagai Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor.
Fungsinya antara lain mengatur ceramah,penerangan,kawal selia laman web dan sebagainya.
Beliau juga pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.
Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ,sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.Banyak VCD zikir munajadnya di jual serata tempat termasuk pasar malam.
Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang – agendadaily
Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kecoh kena tangkap khalwat dengan isteri orang pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan media awal pagi Ahad. Dalam kenyataan tersebut Badrul menafikan kena tangkap khalwat dengan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Sebaliknya, mendakwa diserbu dan dipukul di hotel penginapannya oleh suami perempuan tersebut bersama-sama dengan 20 orang yang tidak dikenalinya dan kemudian baru pegawai JAIP datang.
Menurut Badrul, beliau mengenali wanita tersebut lebih setahun yang lalu semasa membawa rombongan umrah.
Kami siarkan kenyataan penuh Dr Badrulamin seperti dibawah ini. -26/2/2012
Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron





Thursday, February 9, 2012

Kerajaan bayar wakil Ikhwan Muslimin keluar kenyataan mengenai Anwar Ibrahim?


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.
Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu.
* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu –




Tuesday, February 7, 2012

Haji Hadi tahu ke ni? Nik Aziz tahu ke orang dia terlibat juga? Pas kena ambil tindakan la..

Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri menyambut kedatangan Sir William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika, di Kuala Lumpur, anjuran IKD & APPC.

Sejarah ANWAR IBRAHIM bersama Yahudi..

Selamat membaca.

Sekembalinya dari menemui Elliots Abrams dari White House, 24 Februari 2005, pada sebelah malamnya, Anwar dijamu pula makan malam oleh sahabat lamanya Sir William Sebastian Cohen.

Makan malam itu disusun secara formal oleh The Cohen Group (syarikat milik William Cohen)di hotel kediaman Anwar iaitu Hotel Washington DC. Turut hadir dalam majlis itu, adalah Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS/Zionis), Jeneral Pete Pace (Pegawai Angkatan Tertinggi Tentera US/Pentagon), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Agen US di Asia Tenggara), Alvin Toffler (Penulis Yahudi pro Bush) dan lain-lain.

Siapa William Cohen ? Bagaimana Cohen boleh mengenali Anwar ?

Sir William Cohen merupakan seorang zionis yang pernah memegang jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (1997-2001), semasa Presiden Bill Clinton. Beliau dari Parti Demokrat. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Cohen mengenali Anwar melalui ‘Projek Dailog Pasifik’ yang dianjurkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) dengan kerjasama penaja utama Anwar iaitu yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation). ‘Projek Dailog Pasifik’ dianjurkan oleh Anwar sekitar tahun 1994-1998, sebaik sahaja Anwar berjaya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk mengangkat imej Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Kejayaan utama ‘Projek Dailog Pasifik’ adalah berhasil membawa tokoh-tokoh Zionis dari Amerika Syarikat seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu disebut-sebut sebagai bakal PM.

Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis, ‘Sangat mendalam dan lama’. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut.

Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu siapakah sebenarnya di belakang Projek Dailog Pasifik itu, kecuali yang disebut Anwar iaitu IKD dan KAF.

Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 juta kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan ‘Projek Dailog Pasifik’, pada tahun 1994-1998.

Dato Abdul Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 juta dan APPC sebanyak RM38 juta.

Kamaruddin Jaafar, Pengerusi IKD (kiri) dan Douglas Paal, Pengerusi APPC

DI mana Kamaruddin Jaafar yang kaya raya sekarang? Dia berada dalam parti politik mana?

Selepas pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara barulah rakyat Malaysia tahu bahawa penganjuran Dailog Pasifik itu dilakukan oleh APPC milik Douglas Paal, sebuah badan pemikir zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Tanpa pendedahan Datuk Abdul Murad, pada tahun 1999, berkemungkinan besar, peranan Douglas Paal dan APPC tidak akan terbongkar sampai sekarang. Bermakna rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar sebelum ini dari tahun 1994-1998 yang mendakwa projek itu hanya dilakukan oleh IKD dengan kerjasama KAF.

Hubungan dua hala Anwar – Cohen

Projek Dialog Pasifik anjuran APPC itu berjaya menerbangkan Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat tiga kali ke Malaysia. Kali pertama pada 13-15 November 1994, kali kedua pada 21-22 November 1996 dan kali ketiga pada 13-15 Januari 1998. Turut bersama mengiringi Cohen adalah Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Senator Sam Nunn (Pengerusi Senat Jawatan Perkhidmatan Senjata Amerika Syarikat).

Cohen pula mengadakan jemputan balas dengan menjemput Anwar bermesyuarat secara empat mata dengannya di Pentagon pada 16 April 1998. Kedatangan Anwar ke Pentagon disambut dengan acara perbarisan anggota tentera Amerika Syarikat di ketuai oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (Old Guard), Amerika Syarikat. Acara pembarisan sambutan tentera ke atas Anwar itu diadakan di River Parade Field, Pentagon.

Anwar disambut oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (tengah) dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa lawatan Anwar ke Pentagon Pentagon pada 16 April 1998


Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bermesyuarat empat mata dengan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Pentagon pada 16 April 1998


Selain CIA dan FBI, Pentagon dikenali sebagai ‘pusat penyelidikan/pegumpulan maklumat’ Amerika Syarikat. Bahkan peranan Pentagon lebih besar kerana jabatan itu mengawal NSA (National Security Agency) yang turut bekerjasama dengan CIA dan FBI. Tidak semua warganegara Amerika Syarikat bebas keluar masuk ke bangunan Pentagon, kerana kawalannya sangat ketat, inikan lagi warganegara asing.

Begitu juga tidak semua pemimpin-pemimpin negara asing dijemput bermesyuarat ke Pentagon, kecuali yang telah ditapis secara rapi sebelum ini. Anwar dicadangkan ke Pentagon dengan sokongan daripada Douglas Paal yang juga merupakan anggota NSA.

Untuk mengenali agen Amerika, soalan pertama yang perlu ditanya, “anda direkrut oleh CIA atau NSA atau kedua- duanya sekali ” ?

Sebab itu laman aangirfan.blogspot.com, mengklasifikasikan Anwar sebagain ’agen CIA’ kerana menggunakan khidmat APPC yang merupakan operasi sulit CIA yang dilakukan oleh Douglas Paal, penganalisis kanan CIA dan anggota NSA.

The Cohen Group iktiraf peranan Anwar

Menurut pengakuan Wolfowitz, semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, bersama bersama Cohen dan Senator Sam Nunn mengambil inisiatif mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa supaya Anwar dibebaskan. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich dan Cohen mengadakan makan malam di Hotel Washington, DC pada 24 Februari 2005.

Anwar Ibrahim (tengah) diapit oleh dua tokoh zionis yang terlibat sebagai arkitek perang di Amerika Syarikat dalam makan malam anjuran The Cohen Group pada 24 Februari 2005, di Hotel Washinton DC.
Dari kiri Sir William S Cohen (dari parti Demokrat) seorang bangsa Yahudi yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.  Manakala di sebelah kanan adalah Paul Wolfowitz, dari parti Republikan, seorang Yahudi yang pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.



Walaupun Cohen dan Wolfowitz berbeza parti – Cohen, pro Demokrat, Wolfowitz, pro Republikan, tetapi mereka sealiran dari segi aliran zionis yang sama-sama berkongsi aset (Anwar) untuk kepentingan mereka.

Selepas dijamu dengan makan malam, pada keesokan harinya, 25 Februari, Cohen menjemput Anwar menyertai diskusi “Hubungan Amerika Syarikat dengan Dunia Islam”, di di Jacksonville, Florida. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh The Cohen Group.

Sir William Cohen mempengerusikan diskusi itu dengan menjemput tokoh-tokoh Islam pro Amerika Syarikat dengan tokoh-tokoh zionis yang terlibat dalam pembuat dasar Amerika Syarikat. Antara tokoh Islam pro Amerika adalah Anwar Ibrahim, Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Asia Foundation), Dr. Shibley Telhami (Profesor yang mengkaji pemikiran Anwar Sadat di Universiti Maryland), Dr. Ahmed Kamal Aboulmagd (Profesor of Public Law di Cairo Umiversity) dan Hala Shakir Mustafa Saleem (Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq).

Manakala pembuat dasar Amerika pula terdiri daripada; Jeneral John Abizaid (Commander of The U.S Central Command of The Armed Forces); Senator George Allen (Virginia) ; David D. Arnold (President of The American University in Cairo); Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California) ; Wolf Blitzer (CNN); William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS); Susan Eiseenhower (President of The Eisenhower Group); Senator Lindsey O. Graham (South Carolina), Senator Lindsey O. Graham (South Carolina); David Ignatius (Washington Post); Jim Kolbe (Member of The United State House of Representatives, Arizona).

credit to : http://www.anwaraidc.com/?p=1761 and team.

Monday, February 6, 2012

Jasa-jasa Anwar Ibrahim terhadap Negara,..





Operasi JAHANAMkan Malaysia....Nik Aziz cuba rungkaikan?

Terima Kasih Tun Mahathir buang ANUar dari UMNO, Barisan Nasional.
Sekarang adalah tugas rakyat menghalang ANUgerah tuhan ini dari terus menjual Malaysia...

Sebarkanlah.. Asal Bukan ANUar Ibrahim.. (ABAI)










Hasan Ali FITNAH Pas, Dap dan PKR. Khalid Samad terkedu.

Adakah PASberg akan buat kenyataan media terhadap apa yang YB Hasan Ali katakan ini?




Penduduk Kampung Harap PASberg akan keluarkan kenyataan akan tuduhan Hasan Ali di dalam video ini.. Jika Tiada kenyataan rasmi dari PASberg ini bermakna kita sebagai umat ISLAM MALAYSIA wajib mencetak dan mengedarkan video ini ke seluruh penduduk kampung di MALAYSIA untuk memberi kesedaran bahawa PASberg mempersenda, mempermainkan DAN MEMPERALATKAN ISLAM dalam perjuanganya...