Showing posts with label adam adli. Show all posts
Showing posts with label adam adli. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Calon pro mahasiswa tidak ada tempat di UiTM

''Ketiadaan calon promahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM BUKAN kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang tidak menyokong aspirasi pihak pengurusan universiti" - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail



http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20120919/ka_04/Calon-promahasiswa-tidak-ada-tempat-di-UiTM


SHAH ALAM 18 Sept. - Pilihan raya kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijangka mengalami suasana berbeza berbanding di universiti lain apabila hanya calon proaspirasi sahaja yang bakal bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, perkara itu berlaku kerana pelajar di universiti tersebut menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.
Beliau berkata, calon pilihan raya kampus di universiti tersebut akan bertanding sesama sendiri bagi merebut dua kerusi bagi setiap fakulti.

''Ketiadaan calon promahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang tidak menyokong aspirasi pihak pengurusan universiti.

''Sekiranya ada sekali pun pihak promahasiswa yang mahu bertanding, mereka tahu kehadiran mereka pasti tidak akan diterima oleh pelajar di sini," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, calon kerusi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur,Muhammad Fitri Abdullah, 23, berkata, pilihan raya kampus di universiti tersebut akan berlangsung dalam suasana harmoni memandangkan tidak ada seorang pun calon promahasiswa.

Katanya, calon yang bertanding juga mengenali antara satu sama lain dan untuk itu kempen mereka akan lebih tertumpu kepada janji untuk memberi khidmat terbaik kepada kebajikan pelajar tanpa perlu bertikam lidah sesama sendiri.

''Kempen setiap calon yang bertanding akan lebih banyak tertumpu kepada kebajikan pelajar serta bagaimana calon mengambil inisiatif untuk menyelesaikan setiap masalah pelajar ketika berada di kampus," kata pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu.

Calon kerusi Akademi Pengajian Bahasa, Zairil Azhar Roslan, 21, pula berkata, pelajar di universiti tersebut menolak segala campur tangan politik dari pihak luar kerana ia hanya akan memecah belahkan perpaduan di kalangan mahasiswa UiTM.

Kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional itu, pihaknya tidak akan membenarkan pelajar UiTM dipergunakan oleh pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi agenda masing-masing.

''Saya sendiri hanya berjanji hanya akan memperjuangkan kebajikan pelajar di kampus contohnya berharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah kafeteria dengan kemudahan Internet tanpa wayar di fakulti kami," katanya.




Tuesday, June 19, 2012

TNB - Realiti IPP...

Bekas ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz pernah membangkitkan betapa korupnya Anwar Ibrahim mencatatkan keuntungan atas angin RM500 juta hasil dari perampokan komisen Segari Power Plant.
Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab membeli Segari Power Plant melalui proksi dengan harga RM180 juta. Astaman dan seorang lagi pengarah hanya menerima RM80 juta manakala Anwar Ibrahim kenyang melahap RM100 juta melalui lesen IPP ini.

Anwar Ibrahim telah menerima RM400 juta komisen dari projek IPP ini sewaktu pembinaan Segari Power Plant mula dibangunkan.



Bijaknya Anwar Ibrahim adalah kerana karektor beliau yang berjaya melakonkan watak menyerang IPP sebagai projek membebankan rakyat, walhal beliaulah yang 'merembat' setiap ringgit dan sen hasil dari IPP.
Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mengawal 'cost and agreement' diantara TNB dan IPP ini.
Kegilaan Anwar Ibrahim atas komisen beratus juta ringgit satu IPP telah meletakkan beliau dinamakan sebagai Bapa IPP Malaysia.

Silap Tun Dr Mahathir kerana terlalu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim mengendalikan urusan TNB dan IPP ini.


Sebagai anak emas Tun Dr Mahathir pada ketika itu, Anwar Ibrahim telah diberi kepercayaan untuk membincangkan urusan ini dengan EPU dan TNB.






Selain dari Segari Power Plant, Malakoff juga adalah salah sebuah pembekal IPP kepunyaan kroni Anwar Ibrahim.
Barangkali EPU mungkin boleh membongkarkan kembali minit-minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar berhubung dengan pemberian kontrak IPP.

Dalam minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat sebelah itu.
Antara ayat yang digunakan ”you diam , ini urusan kerajaan” ... begitulah lebih kurang bunyinya.




LYNAS - PASti pening bila lihat kebenaran...





Monday, June 18, 2012

Pas dan rukun hajinya sendiri...



Tidak sah haji rakyat Malaysia tahun ini jika ikut mahzab PAS sebab rukun haji dah bertambah...
Sebab TIDAK BOLEH pegi haji kena tukar pemerintahan yg zalim...
Tapi pemerintah yg zalim ini bagi pegi haji pulak....
Siap bagi subsidi haji lagi...

Lepas itu desak kerajaan jangan adakan PRU 13 musim HAJI..
nak SURUH majlis FATWA HARAMKAN PRU pada musim HAJI..
Desak pulak umum tarikh PRU 13 untuk HILANGkan keresahan BAKAL HAJI PAS..

Tak tau la jika ada kursus HAJI ANJURAN DAP kata kena pergi haji pikir politik...
Kena doakan kehancuran BN...
Kena doakan LIM GUANG ENG dapat hidayah...

MAT Sabu dah pergi haji ke?
Anwar IBrahim mcm mana pulak?

Rasanya kerajaan kena bagi special kouta utk pemimpin ISLAM pembangkang pergi HAJI melalui tabung HAJI la...
Baru dia tahu apa yg ada dalam kursus haji tu....

Jika betul pun jatuh pada musim HAJI...

Berdasarkan kuota sekarang dan bilangan penduduknya, Malaysia menghantar 26,000 jemaah haji ke Mekah pada tahun ini.

Takkan 26,000 ini semua ahli PAS...

Kalau macam tu penduduk Kampung tak sokong BN la..
BN pilih kasih dalam pemberian kouta HAJI sebab bagi semua kat ahli PAS..
Sebab semua bakal HAJI adalah AHLI PAS..
AHLI UMNO tak de yg boleh pergi haji ke??


Aduh...PAS..PAS... Jika betul ke perjuangkan ISLAM...

Patut desak kerajaan jadikan kouta 260,000 ke...
Bakal HAJI dapat RM10,000 duit poket ke..
Anak-anak yang tinggal, kerajaan kena tanggung pembelanjaan mereka...

INI desak ikut telunjuk DAP..


Pikir-pikirkan...


Wednesday, March 21, 2012

Mahasiswa TIDAK percaya kepimpinan Najib...

Lebih 15 ribu mahasiswa IPTA menanti kedatangan PM sebentar tadi ke UiTM selaku tuan rumah dgn penuh semangat membuktikan mahasiswa IPTA menaruh harapan tinggi kpd Dato Sri Najib utk meneruskan kepimpinan Negara.





Ini membuktikan bahawa mahasiswa berterima kasih kpd kerajaan dan menolak budaya berdemostrasi.

Terima kasih PM.

Monday, March 5, 2012

Jangan lupa sejarah Mahasiswa





“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak

ADA banyak perkara yang boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.

Bagi generasi yang lahir selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.

Kita mengingati 13 Mei sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.


Dua etnik yang membentuk majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar, dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip mata.





Malaysia baru berusia enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963, membentuk Malaysia.

Singapura ditendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga menguris hati orang-orang Melayu di sini.

Kuan Yew dan parti PAP sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan, berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali sebagai DAP.

Adakah rusuhan kaum terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?

Sudah tentu tidak, 13 Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kata Tunku, “faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”





Beliau menyenaraikan beberapa kejadian antaranya, berbagai-bagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.

Selain itu,pada Jun 1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.

“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu,” kata Tunku yang telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.

Juga kematian seorang petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan “Jangan mengundi dalam pilihan raya”

Peristiwa lain yang turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei, sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24, mati ditembak pihak berkuasa.

Tunku mengenang semula peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

“Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital.”

Pembangkang dan komunis kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei 1969, perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh.

Perarakan dengan berbagai-bagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.

Keesokan harinya, 10 Mei merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum itu.

Mereka yang mabuk kemenangan berarak pula meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol menghalau orang Melayu”

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih.

“Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya.

Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.

Dan pada 13 Mei, orang-orang Melayu pula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas perarakan kemenangan pembangkang.

Akhirnya, apa yang terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit,” imbas Tunku.

Hari ini, generasi saya barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh berulang.

Melihat kepada keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat sejak pilihan raya umum lepas, amat menggusarkan.

Politik bagi pembangkang kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.

Jika perlu rakyat dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan sehingga pilihan raya umum nanti.

Soalnya, bagaimana jika pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat Malaysia lainnya?

Satu yang kita belajar dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.

Kini selepas 42 tahun kejadian itu, adakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?

Ingat kata-kata Tunku bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai,”.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai-bagai perkara sejak beberapa tahun terakhir ini.

Adakah kita tidak dapat melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.

Provokasi akan dibalas provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini, PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bagi menghalangnya.

Apa akan jadi! Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)





Belajarlah dari sejarah, belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.

15/6/2011-OLEH HELME HANAFI
http://www.agendadaily.com/NASI-TAMBAH-HELME-HANAFI/himpunan-bersihdan-imbasan-kenangan-menjelang-13-mei-1969.html


Wednesday, February 29, 2012

LYNAS = LIWAT?


Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.

Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalahBUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.

Kesimpulannya

sebelum kita nak keluarkan satu kenyataan, cari la fakta sebenar dulu, search je internet… melambak-lambak info pasal radioactive tu kt internet. so..ini hanyalah sedikit info yang dikongsikan. kalau tak puas hati jugak, cari la kt internet sendiri. Selalunya, KEBENARAN nie memang pahit nak ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Anda Baca, Anda Fikir dan Tafsirlah sendiri.



AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA




Thursday, February 9, 2012

Kerajaan bayar wakil Ikhwan Muslimin keluar kenyataan mengenai Anwar Ibrahim?


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.
Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu.
* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu –




Thursday, February 2, 2012

Ada ke nama Kg Inter Milan kat Pulau Pinang?

LIM GUAN ENG DAN KELUARGA BERCUTI DI ITALY?

Singapore Airlines business class-Raflles Class

  • INI semua salah UMNO..mesti UMNO reka-reka cerita...HAHAHAHA...UMNO jugak...
  • Betul ke? Kalau betul siapa yang tanggung percutian ni? Siap bawa family naik kapal terbang mewah...Kampung di Pulau Pinang nak dirobohkan pulak...
  • SPRM kena siasat...adakah Gaji Ketua Menteri mampu untuk percutian sebegini? Ini belum masuk kos hotel murah yang diduduki Guang Eng dan duit makanan bungkus serta shopping bundle ketua menteri ini.
  • Guan Eng kena dedahkan keluarga dia kerja apa dan tiada kaitan dengan projek-projek kerajaan negeri.
  • Kenapa naik di Airport Singapura dan tidak di KLIA yang airport tax lagi murah?

Harga tiket flight yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...
Kalau booking online di singapore airlines

  • Ini baru kos tiket flight....
  • Baru RM 16 ribu je...kelas biasa la...
  • Guan Eng murah lagi kot...mesti ada special price...
Harga package yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...


  • Guan Eng free la kot...mungkin kerajaan ITALY invite dia buat lawatan kerja..tak pun mesti ada sponsor kot...kena tanya la dia sama ada pergi pakej ini atau sponsor by...??? Tidak baik fitnah...
Malas la penduduk kampung nak ulas...banyak package yang ditawarkan travel agensi.. 

RAKYAT sudah tolak PAKATAN HARAM.

Kita tunggu la Ketua Menteri ini buat sidang media @ live telecast dari ITALY...









Wednesday, January 25, 2012

Mahasiswa sebenarnya tidak tahu dan faham apa yang dituntut dan diperjuangkan mereka.



Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah 
masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme  
seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum

Dipetik dari blog UPSIkena


Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.

Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).

Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.

Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot. Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.

Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?

Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.

"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.

"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.

Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).

Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.

Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.

Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.

Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.

Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.

Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).

Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:

"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat. 

Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.

Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.
Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"

Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.

Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').

Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.

Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).

Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.

Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.