Showing posts with label bob lokman. Show all posts
Showing posts with label bob lokman. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Jangan lupa sejarah Mahasiswa





“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak

ADA banyak perkara yang boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.

Bagi generasi yang lahir selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.

Kita mengingati 13 Mei sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.


Dua etnik yang membentuk majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar, dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip mata.





Malaysia baru berusia enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963, membentuk Malaysia.

Singapura ditendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga menguris hati orang-orang Melayu di sini.

Kuan Yew dan parti PAP sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan, berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali sebagai DAP.

Adakah rusuhan kaum terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?

Sudah tentu tidak, 13 Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kata Tunku, “faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”





Beliau menyenaraikan beberapa kejadian antaranya, berbagai-bagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.

Selain itu,pada Jun 1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.

“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu,” kata Tunku yang telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.

Juga kematian seorang petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan “Jangan mengundi dalam pilihan raya”

Peristiwa lain yang turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei, sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24, mati ditembak pihak berkuasa.

Tunku mengenang semula peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

“Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital.”

Pembangkang dan komunis kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei 1969, perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh.

Perarakan dengan berbagai-bagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.

Keesokan harinya, 10 Mei merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum itu.

Mereka yang mabuk kemenangan berarak pula meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol menghalau orang Melayu”

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih.

“Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya.

Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.

Dan pada 13 Mei, orang-orang Melayu pula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas perarakan kemenangan pembangkang.

Akhirnya, apa yang terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit,” imbas Tunku.

Hari ini, generasi saya barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh berulang.

Melihat kepada keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat sejak pilihan raya umum lepas, amat menggusarkan.

Politik bagi pembangkang kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.

Jika perlu rakyat dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan sehingga pilihan raya umum nanti.

Soalnya, bagaimana jika pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat Malaysia lainnya?

Satu yang kita belajar dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.

Kini selepas 42 tahun kejadian itu, adakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?

Ingat kata-kata Tunku bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai,”.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai-bagai perkara sejak beberapa tahun terakhir ini.

Adakah kita tidak dapat melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.

Provokasi akan dibalas provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini, PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bagi menghalangnya.

Apa akan jadi! Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)





Belajarlah dari sejarah, belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.

15/6/2011-OLEH HELME HANAFI
http://www.agendadaily.com/NASI-TAMBAH-HELME-HANAFI/himpunan-bersihdan-imbasan-kenangan-menjelang-13-mei-1969.html


Wednesday, February 29, 2012

Memang patut pun ustaz ni dipukul



Nota: Kalau dipukul, mesti ada kecederaan. Teknik, mendakwa dipukul tanpa kecederaan atau kecederaan yang dibuat-buat ni memang 'kepakaran' pembangkang. Malah pelajar pro-pembangkang (geng Adam Adli dan Safuan Anang) juga menggunakan teknik yang sama ketika langgar pintu kaca untuk tawan klinik depan UPSI. Malah ada yang diberitakan sudah nazak dipukul, patah rahang, rusuk dan berterabur gigi, tapi bila diperiksa, tak nampak pula kecederaan seperti yang didakwa. Jadi eloklah Badrul dibawa bukti-bukti bahawa dia dipukul. Pendapat saya la, kalau kena pada mana-mana suami pun memang patut pun ustaz ni dipukul. 

Dakwaan Samseng 20 orang pukul Badrolamin Hanya Satu Pembohongan - Suami Watiwani

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.


Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.
Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.
Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden

Sumber :http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/jaip-suami-wati-badrol-tipu-tiada.html




Friday, November 18, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Selamatkan Akidah Umat Islam.





Gambar: Kerusi roda dengan tulisan Jesus Chirst yang disumbangkan kepada orang kurang upaya pada umat islam di Batu Pahat baru-baru ini.




"Pada ketika umat islam hari ini dilihat berada dalam KEMELUT TAKSUB 
untuk meraih kuasa dan pengaruh politil sehingga sanggup mengadaikan 
prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. 
Ketaksuban politik dikalangan umat islam menyebabkan mereka bergembira 
melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan 
menjadi puntung-puntung arang." - Raja Nazrin Shah 




"Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan islam,
 mereka meluasakan jalan dan jaringan, bebas untuk berkerjasama dengan mana-mana.
Amat Jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat islam 
dan menghalalkan apa yang haram oleh islam.
Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita."- Raja Nazrin Shah 

Friday, October 14, 2011

"Barustaz BOB LOKMAN"...sila baca!!!!!

Utusan Malaysia - 14 Oktober 2011


Keratan 1


Keratan 2


Keratan 3

Thursday, October 13, 2011

Belum berkuasa sudah BONGKAK dan tidak boleh ditegur...

MAHA-RAJA-LAWAK.

Ini la pemimpin yang disegani abad ini..

Macam mana nak berbincang? Belum apa-apa lagi sudah menganggap dirinya sahaja betul..
Jika ini lah yang menjad ikon kepada anak muda sekarang...rasanya rosak lah umat ISLAM & MELAYU Malaysia.

Jangan pula ada yang mengatakan ini konspirasi POLITIK UMNO. Jika berani tidak hadir sudah PASti lah dengan kebenaran tok GURU kepadanya.

Jangan pula kata pemimpin ini bukan yang meWAKILi suara UMAT ISLAM PAS kerana ianya diberi laluan yang SAH oleh UMAT ISLAM PAS.

Inikah pemimpin yang boleh membela umat ISLAM & MELAYU?
Inikah pemimpin yang memPERJUANGkan umat ISLAM & MELAYU?
Inikah pemimpin yang diangkat umat ISLAM PAS disebabkan ILMUnya yang tinggi?
Inikah pemimpin yang diangkat umat ISLAM PAS disebabkan SIFAT pemimpinnya yang tinggi?

Sedar lah... PAS bukan parti yang memperjuangkan ISLAM.
PAS parti yang berCAKAP sahaja mengenai ISLAM sahaja TETAPI pelaksanaanya tetap berkiblatkan BUKU jingGAY....