Blog ini mengajak anda untuk berfikir menggunakankan AKAL dan RASA sebagai umat ISLAM MELAYU MALAYSIA dan menolak propaganda yang diperjuangkan oleh PAKATAN HARAM (PAS PKR DAP)
Showing posts with label kristian. Show all posts
Showing posts with label kristian. Show all posts
Monday, August 6, 2012
UFB - Jamaah Tabligh Bagus Dari Satu Sudut Tapi Ada Kepincangan Yang Perlu Diperbaiki
Kata kunci:
adam adli,
amk,
anak muda,
anwar ibrahim,
Azhar Idrus,
Dr. Badrulamin Bahron,
hudud,
karpal singh,
Khalid Mohd Ismath,
khalid samad,
kristian,
MPP,
pemuda pas,
seputeh,
syiah,
UAI,
Ustaz,
zalim,
zulkifli nordin
Lokasi:
Barthi Rd, Pakistan
Tuesday, October 25, 2011
Friday, October 21, 2011
HIMPUN : Himpunan sejuta umat SELAMATKAN Aqidah
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM sebut..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM fitnah..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM dengki..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM keluarkan fatwa..
Biar apa pun PAS dan Pakatan HARAM bertindak..
biarlah.. kita ingatkan PAS dan Pakatan HARAM...mereka
PAS dan Pakatan HARAM bukan HAKIM bagi agama ISLAM di MALAYSIA.
PAS dan Pakatan HARAM bukan pusat rujukan agama ISLAM di MALAYSIA.
PAS dan Pakatan HARAM bukan PEJUANG agama ISLAM di MALAYSIA.
Jangan lah kita UNDI PAS di PRU 13 nanti.
Bila BERSIH PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila HINDRAF PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila Hapuskan ISA PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila nak gulingkan kerajaan PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila KUIL dirobohkan PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Bila Nik Aziz bersuara..PAS dan Pakatan HARAM kata kene hormat..itu fatwa...
Bila kutuk tindakan Hassan Ali dan Sultan Selangor PAS dan Pakatan HARAM hantar org utk berdemo.
Tetapi..
Untuk SELAMATKAN AQIDAH umat ISLAM MALAYSIA....
Macam-macam alasan diberi..
Ini tak boleh..
Itu tak boleh..
Ini bukan cara Islam..
Ini politik..
Itu perangkap..
Ini tok guru kita tak ajar la..
Undilah BARISAN NASIONAL di PRU 13 nanti..
Terbukti BARISAN NASIONAL
Membela Umat ISLAM dan Agama Lain.
Membela Nasib org Melayu dan bangsa lain.
Membela Nasib umat Islam seluruh dunia.
Memperjuangkan Islam.
Mempertahankan Islam..
Bersama kita mempertahankan Aqidah Umat ISLAM MALAYSIA...
Kata kunci:
anwar ibrahim,
dap,
dewan pemuda pas,
himpun,
kristian,
mat sabu,
nik aziz,
zulkifli nordin
Thursday, October 20, 2011
Bersama Pertahan Akidah Umat
Kata kunci:
adun,
amk,
anwar ibrahim,
dap,
dewan pemuda pas,
kristian,
masjid,
mat sabu,
pas,
pkr
Tuesday, October 18, 2011
Selamatkan Akidah Umat Islam.

Gambar: Kerusi roda dengan tulisan Jesus Chirst yang disumbangkan kepada orang kurang upaya pada umat islam di Batu Pahat baru-baru ini.
"Pada ketika umat islam hari ini dilihat berada dalam KEMELUT TAKSUB
untuk meraih kuasa dan pengaruh politil sehingga sanggup mengadaikan
prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa.
Ketaksuban politik dikalangan umat islam menyebabkan mereka bergembira
melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan
menjadi puntung-puntung arang." - Raja Nazrin Shah
"Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan islam,
mereka meluasakan jalan dan jaringan, bebas untuk berkerjasama dengan mana-mana.
Amat Jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat islam
dan menghalalkan apa yang haram oleh islam.
Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita."- Raja Nazrin Shah
Kata kunci:
amk,
bob lokman,
bukit kepong,
dewan pemuda pas,
hudud,
kristian,
manoharan,
mat sabu,
nik aziz
Friday, October 14, 2011
Thursday, October 13, 2011
Belum berkuasa sudah BONGKAK dan tidak boleh ditegur...
MAHA-RAJA-LAWAK.
Macam mana nak berbincang? Belum apa-apa lagi sudah menganggap dirinya sahaja betul..
Jika ini lah yang menjad ikon kepada anak muda sekarang...rasanya rosak lah umat ISLAM & MELAYU Malaysia.
Jangan pula ada yang mengatakan ini konspirasi POLITIK UMNO. Jika berani tidak hadir sudah PASti lah dengan kebenaran tok GURU kepadanya.
Jangan pula kata pemimpin ini bukan yang meWAKILi suara UMAT ISLAM PAS kerana ianya diberi laluan yang SAH oleh UMAT ISLAM PAS.
Inikah pemimpin yang boleh membela umat ISLAM & MELAYU?
Inikah pemimpin yang memPERJUANGkan umat ISLAM & MELAYU?
Inikah pemimpin yang diangkat umat ISLAM PAS disebabkan ILMUnya yang tinggi?
Inikah pemimpin yang diangkat umat ISLAM PAS disebabkan SIFAT pemimpinnya yang tinggi?
Sedar lah... PAS bukan parti yang memperjuangkan ISLAM.
PAS parti yang berCAKAP sahaja mengenai ISLAM sahaja TETAPI pelaksanaanya tetap berkiblatkan BUKU jingGAY....
Kata kunci:
amk,
anwar ibrahim,
bob lokman,
dap,
dewan pemuda pas,
gereja,
kristian,
mat sabu,
nik aziz
Wednesday, September 28, 2011
Perbezaan Antara Hudud Pas dengan Hudud Allah..
Pemikiran yang masih tidak matang.....
Perbezaan Antara Hudud Pas Dengan Hudud Sebenar…
dipetik dari mykmu.net
Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud (Nota: Hudud Pas). Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahankesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud (Nota: Hudud Pas). Hudud (Nota: Hudud Pas) juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud (Nota: Hudud Pas) yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud (Nota: Hudud Pas) itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud (Nota: Hudud Pas) dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlmsurat DrMahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)”.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak diguna pakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbezaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
credit: mykmu.net / tunfaisal.blogspot.com
Monday, August 29, 2011
Salam Kemerdekaan 1 Malaysia & Selamat Hari Raya : Mat Sabu kena halau ke?
PENDUDUK KAMPUNG MENDOAKAN MAT SABU SERTA PENGANUT-PENGANUT MAZHAB PAS SUPAYA DIBUKA PINTU HATI DAN DIBERI KEAMPUNAN...
Berita dari akhbar pembangkang : Meloyakan terKini menulis rumah Mat Sabu telah di kepong oleh askar-askar MELAYU. Mat Sabu sudah pun mengemas semua harta benda hasil duit tabung mamali untuk melarikan diri keluar dari Tanah Tumpah Darah Ku ini.
Mat Sabu juga menyatakan jangan sesiapa pun mengangu nya kerana setelah accident teruk ketika perjalanan ke perhimpunan HARAM telah menyebabkan wayar kepalanya putus sehingga menganggu KEPALA HOTAK dia.
Sehingga kini Mat Sabu serta anak-anak dia dan penganut-penganut MAZHAB hamPAS takut untuk keluar rumah kerana telah banyak membuat kemusnahan terhadap ISLAM & MELAYU di MALAYSIA. Dari perhimpunan Haram, isu gereja & MURTAD, Isu pembesar suara di Penang yg menyebabkan dakwah yang selama ini pada waktu subuh telah dikebumikan oleh DAP, isu Sultan Selangor, Perak seterusnya mengheret Agong supaya rakyat tidak menyokong sistem beraja dan banyak lagi yang berlaku semuanya kerana penganut-penganut hamPAS.
Laporan-laporan POLIS rasanya beribu telah dibuat dari Januari 2011 hingga kini dalam pelbagai isu namun....kerajaan BARISAN NASIONAL begitu ZALIM kerana tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pengkhianat ISLAM & BANGSA ini semua.
Oleh itu... video ini khas ditujukan kepada penganut-penganut hamPAS, Parti Kebumikan Rakyat dan DAPigs supaya berhati-berhati bila balik kampung.. PENDUDUK KAMPUNG telah sedar apa yang anda perjuangkan.
PENDUDUK KAMPUNG : Salam kemerdekaan 1 Malaysia & Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin...
Kata kunci:
anwar ibrahim,
bukit kepong,
dap,
dewan pemuda pas,
gereja,
komunis,
kristian,
mat sabu,
murtad,
nik aziz,
pas,
pkr
Lokasi:
Bukit Pasir, Johor, Malaysia
Sunday, August 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)






















