Showing posts with label zulkifli nordin. Show all posts
Showing posts with label zulkifli nordin. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Yang mana pilihan rakyat? Parti jenama "ISLAM" @ Parti buatan "ISLAM"



Akan datang suatu zaman dimana berjuang untuk Islam itu seperti memegang bara api yang panas; Islam akan dianggap asing, yang berjuang untuk Islam dianggap orang asing, jumlahnya terlalu sedikit. Beruntonglah mereka yang termasuk golongan yang sedikit itu!


Penamaan serta peletakan calon telah ditetapkan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Persoalannya siapa yang akan menguasai kerajaan, BN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun PR dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu cabaran besar.

Dalam penamaan calon yang lalu kita melihat sebanyak 132 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.

Sebanyak 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru, berdasarkan senarai calon bertanding, daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 ditandingi Barisan Nasional (BN), 73 (Pas), 99 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 51 (DAP) dan 28 (State Reform Party - Star).

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan.

Jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus. Seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu.

Antara BN dan PR yang manakah akan menjadi pilihan rakyat? Selama pemerhatian PK, BN dilihat mempunyai peluang dalam mentadbir kembali kerajaan,walaupun ada sesetengah tempat dilihat kubu kuat pembangkang. Pembangkang sekarang dilihat salah 1 parti yang penuh dengan kecelaruran,penipuan,ketidakadilan dan macam-macam lagi.



Suka PK mengenang kembali penubuhan Interfaith Commission - Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006 oleh Ambiga Sreenavasan dan Bar Council,umat Islam-Melayu khususnya UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!

Semasa Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim membuat kenyataan di premis Gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya pada 03.11.2012 bahawa orang Melayu juga patut diberi kebebasan memilih agama, memberi makna orang Melayu yang ditafsir menurut Artikel 160 Perlembagaan sebagai wajib Islam boleh murtad.

Dia di apit oleh pemimpin kanan PAS! Umat Melayu-Islam terutama UMNO dan beberapa NGO bangkit bersatu menentang; tetapi PAS tidak! Dimana pendirian PAS? Adakah PAS telah di tabligh oleh PKR serta si KAFIR DAP?Sampai pak aji serta “ostaz” mempertahankan Nurul Izzah. 

Siapa yang istiqomah dalam perjuangan? UMNO atau PAS?
Adakah cukop sekadar melabel diri dengan jenama Islam maka sudah dijamin masuk syurga? 
Patutkah kita menolak parti yang ditubuhkan untuk membangunkan agama serta bangsa?

Aamantu billah summastaqeem - beriman lah kepada ALLAH dan istiqomah lah!

Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha kalimah ALLAH digadai!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Islam dihina!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Melayu dihina!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing ye!

Wallahua'lam dan wassalam!




Sunday, April 21, 2013

Khalid GEREJA “naik gilo”,Zulkifli Nordin Calon popular.




Minggu ini bermulanya proses penamaan calon di semua bahagian di seluruh negara.PK sangat teruja lagi-lagi dikawasan panas diseluruh negara. Beberapa kejutan kecil sudah berlaku dan kedengaran berlaku di pihak pembangkang mahu pun BN. Yang menjadi tarikan PK salah satunya ialah di parlimen Shah Alam dimana BN mempertaruhkan Datuk Zulkifli Nordin manakala regunya dari calon Pas penyandang kerusi tersebut iaitu Khalid Samad aka Khalid GEREJA.

Keduo-duo ehh ado kekuatan masing-masing,Datuk Zulkifli Nordin terkenal dengan suara lantang dalam mengkritik & menentang bokeh bosnya serta dengan lantang menentang didalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang kristian. Berbezo dengan Abg Khalid GEREJA ni yang mano dio menyokong orang kristian menggunakan kalimah ALLAH. Aiikk,Abg Khalid GEREJA ni ke ideology PAS?


Semonjak namo Datuk Zulkefli Nordin diumumkan sebagai calon parlimen Shah Alam,semonjak tu la kehidupan Abg Khalid GEREJA kito bagai mandi tak basah tidur x lena. Pagi semalam ketika penamaan calon yang disertai oleh PK sendiri Abg Khalid GEREJA baru sedar ghupo ehh penduduk Shah Alam x suko dio. Lopeh tu nak mengamuk-ngamuk di pusat penamaan calon sobab ehh takdo sorakan menyambut pengumuman namo ehh. Dio tak soda gak ehh penyokong dio sibuk bertakbir.

Bilo tibo maso pengumuman Abg Khalid GEREJA buek masalah,pegawai pengurus pilihanraya mngumumkan namo bedasarkan capo yang kemukakan borang terlebih dahulu,yang ko marah tak kono tompek namo umum no 2 kenapo lak? Laen kali datang pagi-pagi kan sonang. Lopeh subuh jangan tido. Apabilo namo calon BN Datuk Zulkifli Nordin diumumkan ianya dismbut dengan sorakan meriah termasuk PK yang ambil bahagian tapi bilo Abg Khalid GEREJA kono umum namo sonyap sopi suaro boo ado la.



Lopeh tu la Abg Khalid GEREJA berang marah Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana keadaan menjadi sonyap apabilo namo ehh diumum . Beliau mendakwa penyokongnya ditompekkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan. Jauh apo ehh PK jadi saksi jarak yang samo ditentukan polis samo ado penyokong BN dan Pakatan Haram ni.

Dio bekoreh gak nak keluar dewan koba ehh nak manggil penyokong dio ke hadapan walaupun dihalang. Akhirnya penyokong dio sendiri nasihat jangan keluar. Apo yang di buek nak selosaikan masalah Khalid GEREJA ni pembosa suara baghi hala kek penyokong dio. Bilo diumumkan kali keduo namo si Khalid GEREJA ni sonyap gak takdo sorak gak. Apo laei merah padam ghupo ehh,ghoman cam buah plum. PK ni dok meyonggey je tengok gelagat Khalid GEREJA ni.


Nampak bona lah manusia yang namo ehh Khalid GEREJA ni gilo glamour,dio tahu dan paham amek penduduk Shah ALAM ni meluat tengok ghoman ehh,tapi toba an muko buek bodoh sombong dio yo. Lain jadi ehh kek calon BN yang bukan sahajo di sambut sorakan bahkan Datuk Zulkefli Nordin di angkat oleh penyokong-penyokong BN dari kalangan kaum india. Ini menunjukkan penerimaan bangsa india terhadap permohonan maaf secara terbuka Datuk Zulkefli Nordin yang sebelum ini dikatakan rasis terhadap kaum india.


Tu la selamo dio pogang Shah Alam apo dio buek? Dok mengangkang dalam pejabat lopeh tu komen sano komen sini. Paling PK Nampak Khalid GEREJA ni buek kojo maso perihal atau pun isu kalimah ALLAH. Apo tak ehh,seboleh-boleh dio menyokong kristian buleh guno kalimah ALLAH. Suara rintihan rakyat tak di dongar ehh,buleh nak koba takdo apo lah yang berubah kek Shah Alam ni. Mano tak rakyat tolak dio.

Ibarat buku bertemu ruas, pertarungan dengan Zul Nordin bakal menyaksikan Khalid Samad mengucapkan Selamat Tinggal kepada Shah Alam...!!! InsyaAllah.


Wednesday, March 7, 2012

Ini kah maksud Tun Mahathir mengenai Hudud?



Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai Hudud



Ini adalah berdasarkan pemahaman saya (penulis blog CheWal) terhadap kenaytaan 
Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Sekiranya pemahaman ini adalah sama dengan apa 
yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, saya berpendapat ianya tidak salah. 
Cuma mungkin boleh membawa kepada kekeliruan sekiranya tidak difahami dan dijelaskan 
dengan betul. 

1. Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, terdapat 3 perkara utama :-

Pertama : Hukum hudud tidak ada dalam Al-Quran
Kedua : Hukum hudud adalah rekaan ahli feqah
Ketiga : Undang-undang hudud yg direka ini (merujuk kpd hudud pas) tidak adil

Perkara pertama dan kedua adalah berkait. :-

Perkara pertama

2. Bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah, perkataan 
hukum hudud yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain 
tidak disebut dalam Al-Quran. Tun tidak mengatakan bahawa hukuman untuk 
mencuri tidak ada, tetapi penggunaan perkataan hukum hudud yang merujuk 
kepada jenayah tersebut tidak ada dalam Al-Quran.

3. Dalam Al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 14 kali. Sila rujuk dalam 
posting sebelum ini untuk penciriannya.

4. Dalam kesemua ayat yang mana Allah menyebut perkataan hudud ini, 
tiada satupun yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain.

5. Inilah yang dimaksudkan apabila hukum hudud ini tidak disebut dalam Al-Quran.
 hukuman untuk mereka yang mencuri, berzina dll ada dalam Al-Quran, tetapi perkataan 
hudud tidak disebut dalam ayat-ayat mengenainya.

Perkara kedua

6. Apabila Tun mengatakan bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah, ianya 
bermaksud hukum hudud ataupun kanun jenayah shariah ini digubal atau direkebentuk 
oleh ahli feqah. Ini bukan bermakna hukuman-hukuman dalam kanun jenayah seperti hukuman potong tangan dan sebat 100 kali itu direka oleh ahli feqah tetapi ianya adalah satu bentuk penggubalan atau kompilasi oleh ahli-ahli feqah yang diambil daripada Alquran dan hadith maka terbentuklah apa yang disebut oleh kita sebagai hukum hudud.

7. Sebagai contoh, dalam kanun jenayah syariah atau hukum hudud ada dimasukkan hukuman rejam tetapi hukuman rejam tidak ada di dalam Al-Quran. Hukuman rejam adalah dari hadith. Maksudnya dalam pembentukan atau penggubalan hukum hudud ini ianya bukan diambil dari AL-Quran semata-mata tetapi juga dari hadith.  Oleh itu, hukum yang dipanggil hudud ini digubal atau direkabentuk atau dalam perkataan Tun direka oleh Ahli Feqah. 

8. Ini yang dimaksudkan oleh Tun bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah. ianya merujuk kepada penggubalan undang-undang yang dipanggil hukum hudud oleh ahli feqah yang diambil dari Al-Quran dan Hadith dan dijadikan satu dokumen undang-undang yang dipanggil hukum hudud.

9. Sebagai contoh atau analogi. Hadi Awang mengatakan bahawa negara islam tidak ada di 
dalam Al-Quran. kenyataan Hadi Awang ini merujuk kepada perkataan negara islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi didalam Al-Quran ada diterangkan konsep-konsep kenegaraan, pentadbiran dalam islam, sistem ekonomi islam dan pelbagai cabang-cabang yang boleh dikkumpulkan untuk menjadi satu rangka konsep negara islam. 

10. Samalah juga kalau saya katakan bahawa Negara Islam adalah direkabentuk atau digubal oleh ahli Feqah berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Negara Islam tidak disebut dalam AL-Quran, ianya dirangka oleh ahli feqah yang menggabungkan kesemua unsur yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Samalah dengan hukum hudud dalam kanun jenayah syariah yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir.

11. Dalam kenyataan Tun juga sebenarnya, Tun menyebut mengenai hukuman-hukuman dalam AL-Quran seperti mencuri dipotong tangan, berzina disebat 100 kali yang mana menunjukkan Tun mengakui akan kewujudan hukuman tersebut dalam Al-Quran. Apa yang Tun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS, PAS tidak bersikap adil apabila membezakan bentuk hukuman diantara orang islam dan bukan islam. Sepatutnya, kalau orang islam mencuri hukumannya potong tangan maka kalau orang bukan islam mencuri hukumannya juga mestilah potong tangan. Ini membawa kepada perkara ketiga yang disebut oleh Tun.

Perkara Ketiga

12. Perkara ini Tun merujuk kepada konsep keadilan. Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama. 

13. Dalam hudud PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukanoleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.

Wallahu'alam.

Sumber : http://chewal.blogspot.com/2012/03/kenyataan-tun-dr-mahathir-mengenai.html



Tuesday, March 6, 2012

Anwar Ibrahim DIBELASAH TUN DAIM ZAINUDDIN. .



"DAP dan Pas mungkin mempunyai perselisihan faham tetapi itu tidak mungkin memindahkan undikepada UMNO. UMNO perlu mendapatkannya." - TUN DAIM ZAINUDDIN 

SOALAN : Bagaimana Tun melihat mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dan pada pandangan Tun apa perancangan beliau seterusnya dalam politik tanah air?

TUN DAIM: Ini telah membuktikan teori konspirasi dan badan kehakiman tidak bebas adalah tidak benar. Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai rekod beliau. Beliau berjanji untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008. Kini telah terdedah bagaimana beliau merancang untuk melakukannya. Menurut satu laporan, beliau mahu menggunakan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk membeli Ahli Parlimen BN. Bercakap tentang memerangi rasuah tetapi cuba membentuk kerajaan dengan cara memberi rasuah kepada Ahli Parlimen. Semestinya perkara ini benar kerana jika tidak sudah pasti beliau akan bertindak menyaman? Tetapi setakat ini, beliau hanya berdiam diri dan ia adalah sangat tipikal bagi sesetengah ahli politik. Bercakap lantang dan menuduh orang lain tetapi pada hakikatnya mereka juga mengamalkan salah laku seperti tuduhan yang dilemparkan kepada orang lain. Akhirnya paku dulang paku serpih, kata orang dia lebih.

Adalah ganjil melihat DAP dan Pas turut mendiamkan diri juga. Adakah mereka juga bersubahat dengan PKR untuk melakukan rasuah demi untuk ke Putrajaya? Saya pasti semua rakyat Malaysia ingin mendengar dari mereka.
Rancangan Anwar dari dulu hingga sekarang tidak bertukar. Beliau tetap bercita-cita jadi PM.




SOALAN : Sepanjang menjadi anggota Kabinet dan ahli kanan UMNO, bagaimana Tun melihat Anwar Ibrahim ketika masih di dalam Kabinet, selepas pemecatan dan pada masa sekarang?

TUN DAIM:  Saya fikir soalan ini sesuai ditanya kepada Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi dan Anwar bersama-sama di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), ABIM dan kemudian dalam Kabinet. Beliau lebih mengenali Anwar berbanding saya. Saya enggan bercakap tentang orang lain tetapi kerana anda bertanya saya akan menjawab.

Apabila kami berada di dalam Kabinet kita memang rapat. Kami adalah kawan. Selepas sahaja dia dipecat, dia melayan saya sebagai musuh. Tidak wujud dalam karakternya untuk mengakui kelemahannya sendiri dan saya berfikir bahawa dia perlu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dan Anwar telah memilih saya sebagai salah seorang daripada mereka. Ini kerana dia tahu bahawa saya tidak akan menjawab pengkritik saya secara terang-terangan dalam debat terbuka. 

Pada penilaian saya, Anwar adalah seorang yang sentiasa bercita-cita tinggi dan cita-citanya itu telah membutakan beliau mengenai kebenaran, kejujuran dan kesaksamaan. Anwar mahu menjadi Perdana Menteri dan tidak peduli bagaimana dia melakukannya. Sayang sekali dia tidak dapat mengatasi kelemahannya untuk menyerlahkan kebaikan beliau. Kami tidak pernah berjumpa sejak tahun 1999.

Dengan pembebasan Anwar, pasti beliau akan lebih agresif dalam kempen menjatuhkan kerajaan serta memburukkan kerajaan di luar negara. Dari satu sudut ia dilihat menyuburkan sistem demokrasi tetapi pada masa yang sama tidakkah beliau dilihat keterlaluan dalam menyemai kebencian sama ada terhadap rakyat mahupun negara luar?

TUN DAIM:  Anda bercakap mengenai kehadiran Anwar di setiap laluan kempen dan kekerapan beliau dalam temu bual dan ucapan di luar negara yang digambarkan sebagai “memburuk-burukkan” negara. Bagi Anwar dilihat di luar negara dan mendapat perhatian adalah sesuatu yang amat disukainya untuk menarik populariti sedangkan dia sedang berjuang untuk pilihan raya di Malaysia. Sebelum ini pun beliau telah menarik perhatian dari luar negara, jadi apa yang baru?

Jika saya masih ingat dengan betul, temu bual utama beliau di peringkat dunia adalah semasa selepas episod 2 September 1998 kepada majalah TIME. Temuramah telah dijalankan di Malaysia, sehingga beliau ditangkap. Ini kerana sebelum itu beliau sibuk menggesa rakyat Malaysia untuk marah pada kerajaan dan Dr. Mahathir ke atas apa yang telah menimpa beliau. Sejak Anwar dibebaskan pada tahun 2004, terdapat beberapa temu bual yang dijalankan di Malaysia. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa media antarabangsa, lebih suka wawancara dilakukan di pejabat atau di bandar-bandar di luar negara. Adakah ini menunjukkan penurunan yang ketara dalam populariti Anwar sebagai bahan berita? Dalam hal ini, adalah perkara biasa bahawa sesetengah berita akan berkurangan popularitinya dalam satu tempoh tertentu. Dari satu sudut, berita Anwar lawan Mahathir sudah tidak lagi wujud. Mahathir telah digantikan dengan Abdullah Badawi yang mana cerita mengenai Saiful timbul, dan diambil alih oleh Najib Razak.

Di satu sudut Najib-Anwar tidaklah membangkitkan satu situasi seperti mana banyaknya episod Mahathir-Anwar. Sebahagiannya kerana Najib tak ambil peduli pun untuk menyatakan sentimen yang kuat untuk menentang Anwar. Mungkin terdapat pelobi yang menjelajah ke luar negara untuk bercakap dari sudut berita Najib-Anwar untuk memastikan berita itu tidak surut.

Salah satu sebab kenapa Anwar mahu melakukan semua wawancara di luar negara adalah untuk menunjukkan kepada pengundi di Malaysia bahawa beliau adalah personaliti utama dunia oleh itu berita itu mesti diambil secara serius. Anwar telah mengambil risiko yang berhati-hati. Beliau pasti sedar bahawa beliau harus ‘menghasilkan’ kata-kata’ yang kuat dan hujah-hujah yang kontroversi, ‘berani dan meyakinkan’, supaya lebih ramai wartawan mahu menemubual beliau agar mereka dapat menjadi orang pertama yang memetik hujah-hujah kukuh daripada Anwar pada saat mereka berharap untuk mewujudkan semula model seorang pemimpin Islam yang ideal. Seorang pemimpin Islam ideal kepada mereka adalah:

  •  liberal
  • menerima trend sejagat seperti hak gay
  • tidak bermusuhan terhadap Israel dan Amerika Syarikat
  • mengutuk ekstremisme.


Itulah mengapa kita lihat BBC memintanya mengulas mengenai undang-undang mengenai homoseksual dan Wall Street Journal mengenai Israel. Anwar kini cuba untuk menampilkan dirinya sebagai ‘pemimpin Islam yang diterima ramai’ dan beliau berjaya mendedahkan kenyataan yang mereka mahukan. Tetapi di peringkat tempatan, kita tahu bahawa pendirian Anwar ini telah didorong oleh pihak asing.

Rakyat Malaysia mesti menganalisis aspek lain yang dilakukan melalui kempen media oleh Anwar, seperti dakwaan beliau terhadap kerajaan dan negara dalam penipuan pilihan raya yang tersebar luas atau amalan rasuah yang keterlaluan. Lebih banyak usaha beliau melanjutkan kempen di luar negara, Anwar akan cuba mendedahkan apa yang dikatakan sebagai ‘dosa kerajaan’. Sedangkan dalam istilah politik Amerika beliau sedang melancarkan kempen negatif.

Apakah beliau perlu menyerang Malaysia di luar negara? Padahal Anwar hanya perlu menonjolkan kejayaan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat kepada pengundi di Malaysia dan kemudian barulah mencadangkan agar Pakatan Rakyat diberi peluang untuk melakukan keajaiban apabila memegang Putrajaya. Anwar tidak melakukan ini kerana dia menghabiskan terlalu banyak masa di luar negara. Beliau misalnya adalah penasihat ekonomi kepada Kerajaan Selangor

Kekurangan ilmu dalam bidang-bidang ekonomi telah mencacatkan kerjaya politik beliau. Anwar tidak mempunyai keupayaan untuk memahami isu ekonomi yang kompleks. Beliau cenderung untuk menghafal dan kemudian mengulang seolah-olah dia membaca dari lirik lagu. Apabila dicabar atau ditanya soalan yang sukar, beliau akan hilang keseimbangan. Beliau bukan seorang pemikir ekonomi. Anwar adalah seorang pemidato dengan gaya Sukarno. Dia adalah acuan Sukarno. Cuba anda dengar semula semua wawancara beliau, dan dengan mudah anda akan dapat membuat senarai frasa yang beliau gunakan sepanjang masa.

Saya melihat lebih kerap Anwar ke luar negara ataupun dalam negara ‘hanya untuk menyerang’, akan lebih teruk kerenggangan antara pengundi di negara ini.

Bagaimanapun Anwar telah berhadapan dengan pelbagai masalah peringkat tempatan kerana wawancara di luar negara. Beliau telah menyalahkan media arus perdana kerana “memanipulasi” pada hal petikan temu bual beliau boleh diperolehi.



Anwar adalah ancaman kepada UMNO dan BN tetapi pada pendapat saya, ancaman yang lebih besar adalah Pas. Saya melihat Pas sebagai lawan yang lebih hebat. Tetapi ia perkongsian dalam tindak balas terhadap Anwar kerana pakatan terdesak untuk menjadikan Anwar sebagai pemimpin mereka. Saya boleh melihat dia cuba untuk menjadi PM sepanjang hidupnya. Tidak ada yang salah dengan tindakan itu. Beliau boleh terus mencuba. Bagaimanapun beliau harus menjadi kurang negatif dan menawarkan fakta dan bukti empirik dalam melakukan perubahan. Seperti yang saya katakan tadi, hari demi hari golongan menentang Anwar semakin ramai kerana beliau masih berada di landasan, retorik dan dakwaan yang sama sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya fikir strategi terbesar dan paling berkesan bagi UMNO-BN adalah untuk terus menambah baik hal-hal ekonomi, menyediakan perumahan yang lebih baik, lebih banyak taman-taman, pengangkutan awam bertaraf dunia dan universiti-universiti bertaraf dunia.

Kita perlu mengalihkan isu mengenai Anwar dan kita harus menghantar beberapa orang pemimpin muda untuk menangani semua dakwaan yang beliau lemparkan. Pemimpin-pemimpin yang lebih berketerampilan dan berpersonaliti tinggi perlu bercakap mengenai isu-isu yang melibatkan rakyat Malaysia seperti pendidikan dan ekonomi. Pemimpin tidak harus terperangkap dengan taktik Anwar. Ia bukan satu keperluan serta bukan mandat untuk dibentangkan kepada kerajaan. Mandat sebenar adalah untuk melaksanakan kesejahteraan, kualiti hidup, melindungi persekitaran, memastikan hidup yang lebih selamat, membanteras rasuah dan pembaziran serta mempunyai kerajaan yang cekap dan amanah. Semua ini harus disampaikan dan diambil perhatian.

Harapan Anwar paling besar adalah untuk mengalihkan perhatian kerajaan. Jika kita bermain mengikut rentak beliau, Anwar akan bergembira dan melekakan kita lebih lama daripada apa yang kita sangkakan.

Pembebasan Anwar, dalam jangka panjang mampu meningkatkan lagi peluang UMNO-BN untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik pada PRU 13 kerana ia telah meminggirkan alasan utama beliau untuk menyalahkan kerajaan.

Setiap orang adalah berhak menyatakan pandangan masing-masing dan dalam kes Anwar, ia adalah survival politik beliau dan dia akan berbuat apa-apa untuk menjadikannya relevan. Apa yang saya tidak boleh diterima adalah semua itu dilakukan untuk agenda peribadi beliau. Anwar telah melemahkan institusi-institusi penting seperti mahkamah, polis, institusi kerajaan dan pelbagai lagi yang mana ia adalah penting dalam proses mewujudkan sebuah masyarakat sivil. Dengan serangan berterusan terhadap institusi-institusi ini, Anwar telah membuatkan masyarakat hilang keyakinan dan penghormatan terhadap institusi ini. 

Jika anda mengikuti pemikiran beliau, jadi ia adalah dibenarkan untuk melanggar peraturan lalu lintas kerana polis mengamalkan rasuah, ia adalah dibenarkan untuk hidup tanpa undang-undang kerana beliau berkata, polis dan badan kehakiman tidak telus dan sebagainya. Memang benar, terdapat ‘epal buruk’ di mana-mana institusi tetapi institusi itu sendiri perlu dipelihara, malangnya Anwar telah sentiasa mengganggu gugat kesejahteraan masyarakat kita. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

SOALAN : Apa perubahan paling penting perlu dilakukan UMNO dan BN bagi memastikan survival mereka terus diterima rakyat yang majoritinya dilahirkan selepas merdeka?

TUN DAIM:  Paling penting adalah berubah dalam cara melakukan kerja. PM pernah berkata ubah atau rebah. UMNO mesti telus serta memerangi rasuah dan pembaziran habis-habisan. Mereka yang lahir selepas merdeka berbeza dengan pengundi sebelumnya. Mereka kini berpendidikan, selain sangat bermaklumat selain celik IT. Dalam tahun 60-an, ibu bapa yang mempengaruhi mereka tetapi hari ini mereka cuba mempengaruhi ibu bapa mereka melalui pengetahuan hal semasa serta berdebat dengan disokong fakta dan angka yang meyakinkan. Mereka memahami maksud inflasi selain turut dipengaruhi dengan keadaan tersebut. Mereka juga memahami perkara berkaitan ekonomi dan kewangan. Ini adalah generasi yang berbeza. Jika BN tidak menghargainya, mereka tidak akan mendapat undi.




Monday, March 5, 2012

Jangan lupa sejarah Mahasiswa





“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak

ADA banyak perkara yang boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.

Bagi generasi yang lahir selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.

Kita mengingati 13 Mei sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.


Dua etnik yang membentuk majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar, dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip mata.





Malaysia baru berusia enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963, membentuk Malaysia.

Singapura ditendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga menguris hati orang-orang Melayu di sini.

Kuan Yew dan parti PAP sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan, berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali sebagai DAP.

Adakah rusuhan kaum terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?

Sudah tentu tidak, 13 Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kata Tunku, “faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”





Beliau menyenaraikan beberapa kejadian antaranya, berbagai-bagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.

Selain itu,pada Jun 1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.

“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu,” kata Tunku yang telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.

Juga kematian seorang petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan “Jangan mengundi dalam pilihan raya”

Peristiwa lain yang turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei, sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24, mati ditembak pihak berkuasa.

Tunku mengenang semula peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

“Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital.”

Pembangkang dan komunis kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei 1969, perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh.

Perarakan dengan berbagai-bagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.

Keesokan harinya, 10 Mei merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum itu.

Mereka yang mabuk kemenangan berarak pula meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol menghalau orang Melayu”

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih.

“Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya.

Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.

Dan pada 13 Mei, orang-orang Melayu pula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas perarakan kemenangan pembangkang.

Akhirnya, apa yang terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit,” imbas Tunku.

Hari ini, generasi saya barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh berulang.

Melihat kepada keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat sejak pilihan raya umum lepas, amat menggusarkan.

Politik bagi pembangkang kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.

Jika perlu rakyat dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan sehingga pilihan raya umum nanti.

Soalnya, bagaimana jika pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat Malaysia lainnya?

Satu yang kita belajar dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.

Kini selepas 42 tahun kejadian itu, adakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?

Ingat kata-kata Tunku bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai,”.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai-bagai perkara sejak beberapa tahun terakhir ini.

Adakah kita tidak dapat melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.

Provokasi akan dibalas provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini, PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bagi menghalangnya.

Apa akan jadi! Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)





Belajarlah dari sejarah, belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.

15/6/2011-OLEH HELME HANAFI
http://www.agendadaily.com/NASI-TAMBAH-HELME-HANAFI/himpunan-bersihdan-imbasan-kenangan-menjelang-13-mei-1969.html


Thursday, March 1, 2012

Harakah..kah..kah.. Jilat balik Ludah tu..

Rakyat terus ditipu..Sampai bila?




Jom TUKAR..



Mereka ini terus menipu RAKYAT..


Undilah..

Wednesday, February 29, 2012

Memang patut pun ustaz ni dipukul



Nota: Kalau dipukul, mesti ada kecederaan. Teknik, mendakwa dipukul tanpa kecederaan atau kecederaan yang dibuat-buat ni memang 'kepakaran' pembangkang. Malah pelajar pro-pembangkang (geng Adam Adli dan Safuan Anang) juga menggunakan teknik yang sama ketika langgar pintu kaca untuk tawan klinik depan UPSI. Malah ada yang diberitakan sudah nazak dipukul, patah rahang, rusuk dan berterabur gigi, tapi bila diperiksa, tak nampak pula kecederaan seperti yang didakwa. Jadi eloklah Badrul dibawa bukti-bukti bahawa dia dipukul. Pendapat saya la, kalau kena pada mana-mana suami pun memang patut pun ustaz ni dipukul. 

Dakwaan Samseng 20 orang pukul Badrolamin Hanya Satu Pembohongan - Suami Watiwani

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.


Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.
Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.
Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden

Sumber :http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/jaip-suami-wati-badrol-tipu-tiada.html




LYNAS = LIWAT?


Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.

Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalahBUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.

Kesimpulannya

sebelum kita nak keluarkan satu kenyataan, cari la fakta sebenar dulu, search je internet… melambak-lambak info pasal radioactive tu kt internet. so..ini hanyalah sedikit info yang dikongsikan. kalau tak puas hati jugak, cari la kt internet sendiri. Selalunya, KEBENARAN nie memang pahit nak ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Anda Baca, Anda Fikir dan Tafsirlah sendiri.



AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA




Thursday, February 9, 2012

Kerajaan bayar wakil Ikhwan Muslimin keluar kenyataan mengenai Anwar Ibrahim?


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.
Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu.
* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu –