Blog ini mengajak anda untuk berfikir menggunakankan AKAL dan RASA sebagai umat ISLAM MELAYU MALAYSIA dan menolak propaganda yang diperjuangkan oleh PAKATAN HARAM (PAS PKR DAP)
Showing posts with label upsi. Show all posts
Showing posts with label upsi. Show all posts
Monday, August 6, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Mahasiswa sebenarnya tidak tahu dan faham apa yang dituntut dan diperjuangkan mereka.
Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah
masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme
seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum
Dipetik dari blog UPSIkena
Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.
Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).
Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.
Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot. Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.
Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?
Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.
"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.
"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.
Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).
Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.
Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.
Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.
Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.
Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.
Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).
Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:
"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat.
Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.
Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.
Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.
Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').
Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.
Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).
Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.
Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.
Kata kunci:
adam adli,
amk,
anwar ibrahim,
demostrasi,
dewan pemuda pas,
Khalid Mohd Ismath,
Mahasiswa,
naib canselor,
nik aziz,
upsi,
zulkifli nordin
Sunday, January 15, 2012
Thursday, November 3, 2011
Mahasiswa diperalatkan?
Kebelakangan ini dilihat Pakatan Rakyat telah ketandusan idea. Selepas cita-cita menakluk BUMI KENYALANG dan tinggal kenangan, Pakatan Rakyat tercari-cari apa yang hendak dihidangkan kepada rakyat. Bagai jatuh ditimpa tangga, isu BERSIH 2.0 GAGAL mendapat sokongan rakyat. Kegagalan demi kegagalan ditempuh oleh pakatan rakyat. Isu Pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu, Isu Murtad, isu Raja dan Sultan, memburuk-burukan pentadbiran Negara di Negara luar dan terbaru isu belanjawan Negara juga turut dipolitikan bagi menunjukan mereka adalah “hero Malaya terakhir”.
Kecenderungan berjuang berkiblatkan isu, kini mahasiswa pula digegarkan. Semangat mahasiswa telah mula diapikan dan dibangkitkan selepas kemenagan kes AUKU di makamah. Dikatakan ini adalah masa untuk mahasiswa perlukan kebebasan akademik. Dipercayai satu gerakan tersusun telah mula diatur bagi mahasiswa bangkit berdemotrasi di jalan raya menentang pentadbiran universiti diseluruh IPTA tanpa mahasiswa sedari.
Pihak pentadbiran universiti dituduh mengongkong pergerakan mahasiswa. Semangat mahasiswa dibakar dan ditanam semangat kebencian kepada pentadbiran universiti. Pelbagai isu mula dicari di dalam kampus untuk dijadikan alasan turun ke jalanraya.
Tetapi, mahasiswa menganggap pihak pentadbiran universiti tidak dapat menyelesaikanya. Pentadbiran universiti tidak melakukan kerja yang diamanahkan. Adakah semua masalah boleh diselesaikan dalam masa sehari? Sebulan? Setahun?
Adakah mereka ini semua "tidur" dan tidak memikirkan masa depan mahasiswa?
Mahasiswa hanya tahu menyalahkan pihak pentadbiran universiti sahaja. Adakah mahasiswa yang turun ke jalanraya berdemotrasi boleh menyelesaikan masalah?
Adakah Mahasiswa memberi cadangan dan membantu pihak pentadbiran universiti bagi menyelesaikan masalah mahasiswa?
Adakah dengan menulis di blog dan cara turun ke jalan raya cara mahasiswa menyampaikan idea ke pihak pentadbiran universiti?
5,000 mahasiswa ISMP UPSI tuntut jaminan penempatan
Adakah pihak pentadbiran universiti begitu kejam dan tidak mendengar suara mahasiswa?
Mahasiswa yang sememangnya tahu pihak universiti telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah yang timbul di dalam kampus. Bermula dari isu mahasiswa mula menjejakkan kaki ke universiti sehingga mahasiswa keluar ke alam perkerjaan.
Dari sekecil-kecil masalah seperti kelewatan perkhidmatan bas dalam kampus, ketiadaan tempat meletak kenderaan, saman mahasiswa, masalah disiplin mahasiswa, masalah pencapaian akedemik serta cara meningkatkan pencapaian akedemik mahasiswa dan penempatan kerjaya mahasiswa, pihak pentadbiran universiti bersungguh-sungguh menyelesaikanya.
Pelbagai jawatankuasa dibentuk bagi menjamin masa depan mahasiswa. Malah pihak pentadbiran universiti sudah mula mendekati mahasiswa melalui medium media baru seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’.
Facebook
@UPSI_Malaysia - twitter
Persoalanya? Adakah mahasiswa sedar apa yang mereka dilakukan atau diperalatkan bagi tujuan individu serta parti politik?
Adakah kerana dilarang berpolitik sebab utama mahasiswa bangkit menentang pentadbiran universiti yang boleh mahasiswa angap sebagai ibu dan ayah?
Fikir-fikirkan lah wahai bijak pandai mahasiswa.....
Subscribe to:
Posts (Atom)





