Showing posts with label selangorku. Show all posts
Showing posts with label selangorku. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Yang mana pilihan rakyat? Parti jenama "ISLAM" @ Parti buatan "ISLAM"



Akan datang suatu zaman dimana berjuang untuk Islam itu seperti memegang bara api yang panas; Islam akan dianggap asing, yang berjuang untuk Islam dianggap orang asing, jumlahnya terlalu sedikit. Beruntonglah mereka yang termasuk golongan yang sedikit itu!


Penamaan serta peletakan calon telah ditetapkan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Persoalannya siapa yang akan menguasai kerajaan, BN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun PR dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu cabaran besar.

Dalam penamaan calon yang lalu kita melihat sebanyak 132 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.

Sebanyak 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru, berdasarkan senarai calon bertanding, daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 ditandingi Barisan Nasional (BN), 73 (Pas), 99 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 51 (DAP) dan 28 (State Reform Party - Star).

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan.

Jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus. Seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu.

Antara BN dan PR yang manakah akan menjadi pilihan rakyat? Selama pemerhatian PK, BN dilihat mempunyai peluang dalam mentadbir kembali kerajaan,walaupun ada sesetengah tempat dilihat kubu kuat pembangkang. Pembangkang sekarang dilihat salah 1 parti yang penuh dengan kecelaruran,penipuan,ketidakadilan dan macam-macam lagi.



Suka PK mengenang kembali penubuhan Interfaith Commission - Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006 oleh Ambiga Sreenavasan dan Bar Council,umat Islam-Melayu khususnya UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!

Semasa Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim membuat kenyataan di premis Gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya pada 03.11.2012 bahawa orang Melayu juga patut diberi kebebasan memilih agama, memberi makna orang Melayu yang ditafsir menurut Artikel 160 Perlembagaan sebagai wajib Islam boleh murtad.

Dia di apit oleh pemimpin kanan PAS! Umat Melayu-Islam terutama UMNO dan beberapa NGO bangkit bersatu menentang; tetapi PAS tidak! Dimana pendirian PAS? Adakah PAS telah di tabligh oleh PKR serta si KAFIR DAP?Sampai pak aji serta “ostaz” mempertahankan Nurul Izzah. 

Siapa yang istiqomah dalam perjuangan? UMNO atau PAS?
Adakah cukop sekadar melabel diri dengan jenama Islam maka sudah dijamin masuk syurga? 
Patutkah kita menolak parti yang ditubuhkan untuk membangunkan agama serta bangsa?

Aamantu billah summastaqeem - beriman lah kepada ALLAH dan istiqomah lah!

Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha kalimah ALLAH digadai!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Islam dihina!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Melayu dihina!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing ye!

Wallahua'lam dan wassalam!




Sunday, April 21, 2013

Khalid GEREJA “naik gilo”,Zulkifli Nordin Calon popular.




Minggu ini bermulanya proses penamaan calon di semua bahagian di seluruh negara.PK sangat teruja lagi-lagi dikawasan panas diseluruh negara. Beberapa kejutan kecil sudah berlaku dan kedengaran berlaku di pihak pembangkang mahu pun BN. Yang menjadi tarikan PK salah satunya ialah di parlimen Shah Alam dimana BN mempertaruhkan Datuk Zulkifli Nordin manakala regunya dari calon Pas penyandang kerusi tersebut iaitu Khalid Samad aka Khalid GEREJA.

Keduo-duo ehh ado kekuatan masing-masing,Datuk Zulkifli Nordin terkenal dengan suara lantang dalam mengkritik & menentang bokeh bosnya serta dengan lantang menentang didalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang kristian. Berbezo dengan Abg Khalid GEREJA ni yang mano dio menyokong orang kristian menggunakan kalimah ALLAH. Aiikk,Abg Khalid GEREJA ni ke ideology PAS?


Semonjak namo Datuk Zulkefli Nordin diumumkan sebagai calon parlimen Shah Alam,semonjak tu la kehidupan Abg Khalid GEREJA kito bagai mandi tak basah tidur x lena. Pagi semalam ketika penamaan calon yang disertai oleh PK sendiri Abg Khalid GEREJA baru sedar ghupo ehh penduduk Shah Alam x suko dio. Lopeh tu nak mengamuk-ngamuk di pusat penamaan calon sobab ehh takdo sorakan menyambut pengumuman namo ehh. Dio tak soda gak ehh penyokong dio sibuk bertakbir.

Bilo tibo maso pengumuman Abg Khalid GEREJA buek masalah,pegawai pengurus pilihanraya mngumumkan namo bedasarkan capo yang kemukakan borang terlebih dahulu,yang ko marah tak kono tompek namo umum no 2 kenapo lak? Laen kali datang pagi-pagi kan sonang. Lopeh subuh jangan tido. Apabilo namo calon BN Datuk Zulkifli Nordin diumumkan ianya dismbut dengan sorakan meriah termasuk PK yang ambil bahagian tapi bilo Abg Khalid GEREJA kono umum namo sonyap sopi suaro boo ado la.



Lopeh tu la Abg Khalid GEREJA berang marah Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana keadaan menjadi sonyap apabilo namo ehh diumum . Beliau mendakwa penyokongnya ditompekkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan. Jauh apo ehh PK jadi saksi jarak yang samo ditentukan polis samo ado penyokong BN dan Pakatan Haram ni.

Dio bekoreh gak nak keluar dewan koba ehh nak manggil penyokong dio ke hadapan walaupun dihalang. Akhirnya penyokong dio sendiri nasihat jangan keluar. Apo yang di buek nak selosaikan masalah Khalid GEREJA ni pembosa suara baghi hala kek penyokong dio. Bilo diumumkan kali keduo namo si Khalid GEREJA ni sonyap gak takdo sorak gak. Apo laei merah padam ghupo ehh,ghoman cam buah plum. PK ni dok meyonggey je tengok gelagat Khalid GEREJA ni.


Nampak bona lah manusia yang namo ehh Khalid GEREJA ni gilo glamour,dio tahu dan paham amek penduduk Shah ALAM ni meluat tengok ghoman ehh,tapi toba an muko buek bodoh sombong dio yo. Lain jadi ehh kek calon BN yang bukan sahajo di sambut sorakan bahkan Datuk Zulkefli Nordin di angkat oleh penyokong-penyokong BN dari kalangan kaum india. Ini menunjukkan penerimaan bangsa india terhadap permohonan maaf secara terbuka Datuk Zulkefli Nordin yang sebelum ini dikatakan rasis terhadap kaum india.


Tu la selamo dio pogang Shah Alam apo dio buek? Dok mengangkang dalam pejabat lopeh tu komen sano komen sini. Paling PK Nampak Khalid GEREJA ni buek kojo maso perihal atau pun isu kalimah ALLAH. Apo tak ehh,seboleh-boleh dio menyokong kristian buleh guno kalimah ALLAH. Suara rintihan rakyat tak di dongar ehh,buleh nak koba takdo apo lah yang berubah kek Shah Alam ni. Mano tak rakyat tolak dio.

Ibarat buku bertemu ruas, pertarungan dengan Zul Nordin bakal menyaksikan Khalid Samad mengucapkan Selamat Tinggal kepada Shah Alam...!!! InsyaAllah.


Wednesday, November 2, 2011

Luahan hati ibu pelajar KUIS

Poster INI BUKTI RAKYAT DIBODOHKAN....

CUKUP LA UMAT PAS TEMBERANG RAKYAT...ARAK PUN TAK SETTEL... TIPU RAKYAT TIPU AGAMA


Mana pergi pejuang yang memperjuangkan mahasiswa....sibuk kes Aziz Barua...AUKU..kebebasan akademik la konon...yang ni sapa nak TOLONG???

Tapi jgn risau...jawapan paling mudah..ni UMNO yang punye angkara jugak...org ni org UMNO...

MAHASISWA...MAHASISWA...KOT MURAHSISWA....

Luahan hati ibu pelajar KUIS

Siti Rozana Kassim. ( http://www.malaysiakini.com/letters/180012 )

12:06AM Okt 31, 2011

Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.

Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.

Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.

Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:

Yuran terlalu mahal.
Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.

Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?

Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.

Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang GAGAL menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi.

Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.

UNDI LAH BARISAN NASIONAL

Saturday, October 29, 2011

Taniah UiTM kerana nasihat Mahasiswa yang TIDAK matang.



Satu tindakan yang tepat dan harus dipuji tindakan Timbalan Dekan HEP Undang-Undang kerana MENASIHATKAN pelajar yg tidak matang langsung dalam undang-undang dan memandai-mandai.

Tindakan Malaysia kini memanupulasi tajuk kelihatan cuba mengheret pihak UiTM ke dalam isu Aziz Barua. Adakah UiTM tidak boleh menasihati pelajarnya?

Timbul persoalan apakah niat Malaysia kini dalam proses membesar-besarkan isu panggilan ini? Sekadar satu proses biasa yang dianggap 'sembang santai' shj dan taniah kpd UiTM kerana menjaga anak bangsanya sendiri.

Nak harap pakatan HARAM JAGA anak bangsa rasanya mereka akan jaga "pungqo" mahasiswa sahaja.

Tindakan MPP yang diam dan tidak menegaskan pendirian amat mengecewakan pihak mahasiswa...
Tindakan MPP mrmbiarkan pelajar pembangkang mewakili suara mahasiswa UiTM amat meragukan kesetianya pada UiTM.
Adakah Khalid Mohd Ismath LAYAK mewakili pelajar-pelajar UiTM atau bersetongkol dgn MPP?

Mahasiswa UiTM sejak sekian lama dikenali pandai berfikir dan bukan pak turut.
Tahap Pemikiran menghasut dan membodohkan mahasiswa oleh Khalid Mohd Ismath amat dibenci.
Jika saudara tidak berpuas hati dengan nasihat (nasihat je pun) saudara ada saluran yang boleh digunakan atau boleh shj tidak ikut nasihat timbalan dekan HEP Undang-undang yang boleh dianggap sebagai AYAH nasihatkan anak.

Tetapi..INGAT..Khalid Mohd Ismath...
Jika anda membakar api pemikiran mahasiswa UITM utk turun berdemo demi Aziz Barua...
Jika anda membakar api kebencian mahasiswa terhadap pentadbiran UiTM...
Persatuan/kumpulan KAMI yg anda wakili hanya ada 37 mahasisa yg TIDAK MATANG  shj...

Anda akan berdepan dengan 180 ribu Mahasiswa UiTM dan 500 ribu Alumni UiTM yang diam selama ini..
Kami akan berdiri teguh dibelakang Pentadbiran UiTM dan akan bangun menentang ideologi kotor saudara.
Jangan ingat kami diam selama ini adalah tiket utk anda membawa anasir Pakatan Haram ke dalam UiTM.

Penduduk Kampung mendesak Khalid Mohd Ismath memohon maaf secara terbuka kepada :

  • UiTM
  • Timbalan Dekan HEP Undang-Undang
  • Mahasiswa UiTM
  • Alumni UiTM
Penduduk Kampung mendesak UiTM :

  • Memanggil ibu bapa  Khalid Mohd Ismath dan mencerita apa yg telah anaknya buat.
  • Memberi amaran keras kepada  Khalid Mohd Ismath kerana mengheret UiTM dalam isu Aziz Barua
  • Mengeluarkan pekeliling mengharamkan Mahasiswa berdemo demi Aziz Barua.
Jangan kacau UiTM. 

UiTM tidak pernah mengkongkong mahasiswanya berfikir dan mengeluarkan pendapat.
UiTM tidak pernah mengkongkong mahasiswanya mendapat pemahaman politik Negara.
UiTM tempat bagi mereka yang bijak pandai dan tempat ini adalah benteng terakhir Bumiputera Malaysia.
Jika anda tidak selesa belajar di UiTM sila keluar dan belajar ditempat lain.

UiTM diHatiku

Monday, September 26, 2011

Adakah Dewan Pemuda PAS akan desak Khalid Gagap panggil sidang DUN Tergempar bagi kes MANOHARAN yg telah TERBUKTI SALAH???

DAP gantung keanggotaan Manoharan enam bulan


Dewan Pemuda PAS mungkin akan mendesak Menteri Besar Selangor untuk menghadapkan Adun Kota Raja ini ke jawatankuasa SELCAT yang BELUM pernah menghukum ahli DUN pakatan HARAM INI bagi menghukum MANOHARAN.

Kesalahan yang terlah disahkan oleh Jawatankuasa disiplin DAP sepatutnya memudahkan Jawatankuasa SELCAT utk mengambil tindakan serupa supaya ahli-ahlinya yang memang tidak berdisiplin supaya lebih berdisplin yang selama ini bertindak sesuka hati.

Penduduk Kampung menjangkakan anak-anak muda dalam Pakatan Haram akan berdiam diri sahaja kerana mereka lebih suka mengikut telunjuk ketua yang gagap sahaja.

Tetapi jika isu yang ada kepentigan ketua mereka..Penduduk Kampung perhatikan anak-anak muda ini akan berlawan habis-habisan walaupun sanggup memecahbelahkan perpaduan Negara.

Akhirnya yang menjadi mangsa adalah HASSAN ALI.......bergembira la anak-anak muda dalam Pakatan HARAM apabila berjuang berlandaskan YES BOSS....