Blog ini mengajak anda untuk berfikir menggunakankan AKAL dan RASA sebagai umat ISLAM MELAYU MALAYSIA dan menolak propaganda yang diperjuangkan oleh PAKATAN HARAM (PAS PKR DAP)
Sunday, August 21, 2011
Adakah Agama Islam Agama Rasmi Negara?
Masaalah ini kita kene berturan saling ingat mengingati. Isu agama ini bukan tugas atau hak mana mana pemimpin atau parti parti politik. Sebagai org yg beragama islam kita sepatutnya peka dgn apa yang berlaku disekeliling kita. Walaupun ISLAM adalah agama rasmi negara, tetapi rakyat Malaysia sudah banyak bertoleransi dengan agama-agama lain tetapi adakah rakyat Malaysia yg bukan beragama islam bersikap sama seperti kita?
Saya akan kupas satu isu yg kita rakyat malaysia beragama islam membiarkan agamanya dipinggirkan tanpa penpa pembelaan.
Kebanyakan hotel-hotel di Malaysia masih mengikut corak dan cara perniagaan ala barat. Tidak dinafikan ramai pengunjung datang dari sana dan standart perniagaan yg diktiraf. Tetapi adakah sehingga dalam bab agama pun dilakukan sedemikian rupa?
Yang ada cuma tanda arah kiblat sahaja. Sejadah? Adakah itun sudah mencukupi?
Isu status Makanan Halal masih lagi berpanjangan. Adakah susah sangat nak ikut? atau prosuder nak dapatkan ketat sangat. Tak pun sememangnya ada "hidden agenda" yg cuba dilaksanakan utk merosakan keimanan mereka yang makan dihotel? Kerajaan tidak melarang penjualan makanan tidak halal dijual dihotel tetapi hendaklah diasingkan. Itu pun susah hendak dilaksanakan.
Arak boleh dijual tanpa sekatan dan sesiapa pun bole membuat pesanan termasuk yg beragama islam. Malah disediakan di dalam peti sejuk di setiap bilik yang ada.
Adakah kita pernah terpikir berkenaan apa yang ada di dalam almari setiap hotel yang kita datang? Adakah bole kita dapati kitab suci Al-Quran? Saya amat terkejut kerana salah satu hotel 5 bintang di Lembah kelang meletakan Kitab BIBLE di dalam laci di setiap bilik hotel. Apakah tujuan mereka? Adakah patut saya senyap dan biarkan?
Begitu juga dengan surau, cuba kita lihat berape banyak surau di sediakan di pusat membeli belah. Sebagai contoh saya pernah ke surai di pusat membeli belah aras 5 sunway piramid di mana suraunya begitu sempit hanya boleh memuatkan 5 orang sahaja dalam satu-satu masa sedangkan setiap kali solat begitu ramai orang Islam yang bersolat setiap kali masuk waktu. Mana kemudahan yang patut dinikmati orang Islam untuk bersolat?????
Ini hanya perkara yang mungkin kecil bagi mereka yang berfikiran liberal. Semua yang berlaku ini adalah sebahagian sahaja yg kita nampak melalui mata kasar dan sambil lalu sahaja. Jika diamati dan diteliti mungkin akan dianggap "qiamat kecil" sudah berlaku atau ini la "bala" yang turun. Ini belum disentuh lagi berkenaan pakaian pekerja dan hiburan yang berlaku.... Bukan niat kita untuk anti agama lain. Tapi Agama Islam yang menjadi agama rasmi negara perlu dilindungi...
Kata kunci:
agama rasmi