Tuesday, October 4, 2011

Inikah yang dikatakan memperjuangkan ISLAM?

Sekadar berkongsi komentar seorang sahabat...

"PAS ni memang hipokrit paling besar. Memang munafik.

Orang yang tidak boleh ditegur langsung.
Makamnya sama seperti nabi.

Bila UMNO mentadbir negara dgn perlembagaan yang sedia ada, yang telah dipersetujui dengan kaum2 lain utk capai kemerdekaan dulu yang kita asaskan dari apa yang kita panggil "Kontrak Sosial", PAS tuduh UMNO mcm2. Tolak Islam la, amalkan perlembagaan kafir la, dan mcm2 lg.

Bila PAS pula buat kontrak yang sama dengan DAP dan PKR bg mengujudkan Buku Jingga sebagai kitab rujukan Pakatan Haram dan menggunapakai Perlembagaan sedia ada jika memerintah nanti, tidak timbul pula Perlembagaan dan kontrak buku jingga tu kafir dan tidak berlandaskan Al Quran dan Hadis.

Kontrak yang dibuat atas asas gila kuasa. Hingga PAS sanggup tinggalkan perjuangan menubuh negara Islam dan diganti dgn Negara Kebajikan.


Pelancaran buku jingga yang tidak bertentangan dgn islam. 
Memang tidak bertentangan sebab tidak sebut islam

Bila PAS sedar yang PAS sudah terperangkap dalam Kontrak Buku Jingga tersebut dan dalam situasi dan realiti politik semasa, PAS guna isu hudud utk raih undi Melayu dan Islam walau pun PAS sedar yg PAS tidak mampu melaksanakan nya.

DAP, parti sekutu PAS yang PAS jaja ke masjid2 dan surau2 supaya diterima oleh orang2 Islam sendiri dgn tegas menyatakan bahawa mereka menentang hudud dan apa yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu tu "null and Void" kerana bercanggah dgn perlembagaan persekutuan yang DAP kata tk akan sokong jika PR nk pinda.

PAS akan berkokok mengatakan yang mereka akan laksanakan HUDUD.."UMNO jangan larang"..."UMNO kalau tak suka hudud jangan HINA hudud"..

Tetapi..

hakikatnya..PAS la yang mempersendakan HUDUD, HINA HUDUD, CACI HUDUD, PAS menjadikan HUDUD sebagai senjata untuk menjatuhkan UMNO yang tidak pernah sama sekali membelakangkan kepentingan ISLAM. Adakah cukup sekadar berkokok sahaja tetapi ilmu untuk melaksanakan tiada?




Bila ditanya bila nak laksanakan HUDUD..


“Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,”

PAS yang berselindung sebalik serban dan jubah putih serta bila berucap penuh dengan hadis dan ayat AL Quran...

tapi ADUNYA...

boleh bernikah di siam, 
boleh buat maksiat, 
boleh menghina dan memfitnah org,
boleh menyertai perhimpunan HARAM,
boleh membenarkan wanita bukan islam masuk surau dan masjid tanpa menutup aurat,
boleh melarangan dakwah melalui laungan azan subuh,
boleh membenarkan lesen arak,
boleh melarang adunya sendiri menegakan islam (kesian Hassan Ali)




Ini lah PAS...

PAS yang mengkafirkan umat islam lain yang masih mengikut rukun islam dan rukun iman.

PAS yang memulakan 2 imam dalam satu masjid?

PAS yang mengatakan tuhan juga mencarut.

Negara islam yang dijadikan modal semasa berkempen PRU 12 untuk menipu rakyat ditukar kepada negara berkebajikan pula.

PAS yang bila berkempen mengedarkan tabung untuk sumbangan ikhlas tetapi dalam ceramah mengatakan "saya datang kerana ALLAH s.w.t"

PAS yang berjanji nak tutup kilang arak tetapi tewas dengan godaan syaitan.

PAS yang membenarkan JOM HEBOH tapi suatu ketika dahulu mengharamkanya kerana dianngap lara' dan berdosa.

PAS boleh mengubah dosa menjadi pahala dan pahala menjadi dosa.

Sampai bila kah sendiwara PAS, PKR dan DAP tentang hudud ni akan berakhir???

Sendiwara untuk menipu umat ISLAM.." - 

No comments:

Post a Comment