Thursday, December 29, 2011

1,200 beg sekolah untuk kanak-kanak di Tanah Merah




TANAH MERAH 26 Dis. - Lazimnya bantuan persekolahan diberikan kepada pelajar sekolah dan universiti.

Bagaiimanapun, UMNO Bahagian Tanah Merah mencipta sejarah tersendiri apabila menyumbangkan 1,200 beg kepada kanak-kanak berusia lima tahun serta mereka yang bakal memasuki tadika dan pra sekolah.

Beg itu disampaikan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz pada Majlis Sumbangan Beg Perangsang Prasekolah Kanak-Kanak Yang Lahir Tahun 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah (1) itu di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharuddin Yusoff dan Ketua Wanita bahagian Tanah Merah, Dayang Saniah Awang Hamit.

Menurut Ikmal Hisham, secara keseluruhannya, UMNO bahagian tersebut menyediakan sebanyak 2,200 beg untuk disumbangkan kepada kanak-kanak berkenaan.

Katanya, baki 1,000 beg lagi akan diserahkan kepada pelajar terbabit pada pertengahan Januari ini.

"Kami sedang mengesan jumlah kanak-kanak itu melalui kain rentang yang dipasang di kawasan strategik bagi memaklumkan pemberian tersebut kepada ibu bapa.

"Tujuan sumbangan ini adalah untuk menarik minat danmemberikan rasa gembira di kalangan kanak-kanak untuk menuntut ilmu," katanya.


No comments:

Post a Comment