Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri menyambut kedatangan Sir William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika, di Kuala Lumpur, anjuran IKD & APPC.
Sejarah ANWAR IBRAHIM bersama Yahudi..
Selamat membaca.
Sekembalinya dari menemui Elliots Abrams dari White House, 24 Februari 2005, pada sebelah malamnya, Anwar dijamu pula makan malam oleh sahabat lamanya Sir William Sebastian Cohen.
Makan malam itu disusun secara formal oleh The Cohen Group (syarikat milik William Cohen)di hotel kediaman Anwar iaitu Hotel Washington DC. Turut hadir dalam majlis itu, adalah Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS/Zionis), Jeneral Pete Pace (Pegawai Angkatan Tertinggi Tentera US/Pentagon), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Agen US di Asia Tenggara), Alvin Toffler (Penulis Yahudi pro Bush) dan lain-lain.
Siapa William Cohen ? Bagaimana Cohen boleh mengenali Anwar ?
Sir William Cohen merupakan seorang zionis yang pernah memegang jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (1997-2001), semasa Presiden Bill Clinton. Beliau dari Parti Demokrat. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Cohen mengenali Anwar melalui ‘Projek Dailog Pasifik’ yang dianjurkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) dengan kerjasama penaja utama Anwar iaitu yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation). ‘Projek Dailog Pasifik’ dianjurkan oleh Anwar sekitar tahun 1994-1998, sebaik sahaja Anwar berjaya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk mengangkat imej Anwar sebagai bakal PM Malaysia.
Kejayaan utama ‘Projek Dailog Pasifik’ adalah berhasil membawa tokoh-tokoh Zionis dari Amerika Syarikat seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu disebut-sebut sebagai bakal PM.
Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis, ‘Sangat mendalam dan lama’. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut.
Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu siapakah sebenarnya di belakang Projek Dailog Pasifik itu, kecuali yang disebut Anwar iaitu IKD dan KAF.
Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 juta kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan ‘Projek Dailog Pasifik’, pada tahun 1994-1998.
Dato Abdul Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 juta dan APPC sebanyak RM38 juta.
Kamaruddin Jaafar, Pengerusi IKD (kiri) dan Douglas Paal, Pengerusi APPC
DI mana Kamaruddin Jaafar yang kaya raya sekarang? Dia berada dalam parti politik mana?
Selepas pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara barulah rakyat Malaysia tahu bahawa penganjuran Dailog Pasifik itu dilakukan oleh APPC milik Douglas Paal, sebuah badan pemikir zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Tanpa pendedahan Datuk Abdul Murad, pada tahun 1999, berkemungkinan besar, peranan Douglas Paal dan APPC tidak akan terbongkar sampai sekarang. Bermakna rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar sebelum ini dari tahun 1994-1998 yang mendakwa projek itu hanya dilakukan oleh IKD dengan kerjasama KAF.
Hubungan dua hala Anwar – Cohen
Projek Dialog Pasifik anjuran APPC itu berjaya menerbangkan Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat tiga kali ke Malaysia. Kali pertama pada 13-15 November 1994, kali kedua pada 21-22 November 1996 dan kali ketiga pada 13-15 Januari 1998. Turut bersama mengiringi Cohen adalah Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Senator Sam Nunn (Pengerusi Senat Jawatan Perkhidmatan Senjata Amerika Syarikat).
Cohen pula mengadakan jemputan balas dengan menjemput Anwar bermesyuarat secara empat mata dengannya di Pentagon pada 16 April 1998. Kedatangan Anwar ke Pentagon disambut dengan acara perbarisan anggota tentera Amerika Syarikat di ketuai oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (Old Guard), Amerika Syarikat. Acara pembarisan sambutan tentera ke atas Anwar itu diadakan di River Parade Field, Pentagon.
Anwar disambut oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (tengah) dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa lawatan Anwar ke Pentagon Pentagon pada 16 April 1998
Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bermesyuarat empat mata dengan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Pentagon pada 16 April 1998
Selain CIA dan FBI, Pentagon dikenali sebagai ‘pusat penyelidikan/pegumpulan maklumat’ Amerika Syarikat. Bahkan peranan Pentagon lebih besar kerana jabatan itu mengawal NSA (National Security Agency) yang turut bekerjasama dengan CIA dan FBI. Tidak semua warganegara Amerika Syarikat bebas keluar masuk ke bangunan Pentagon, kerana kawalannya sangat ketat, inikan lagi warganegara asing.
Begitu juga tidak semua pemimpin-pemimpin negara asing dijemput bermesyuarat ke Pentagon, kecuali yang telah ditapis secara rapi sebelum ini. Anwar dicadangkan ke Pentagon dengan sokongan daripada Douglas Paal yang juga merupakan anggota NSA.
Untuk mengenali agen Amerika, soalan pertama yang perlu ditanya, “anda direkrut oleh CIA atau NSA atau kedua- duanya sekali ” ?
Sebab itu laman aangirfan.blogspot.com, mengklasifikasikan Anwar sebagain ’agen CIA’ kerana menggunakan khidmat APPC yang merupakan operasi sulit CIA yang dilakukan oleh Douglas Paal, penganalisis kanan CIA dan anggota NSA.
The Cohen Group iktiraf peranan Anwar
Menurut pengakuan Wolfowitz, semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, bersama bersama Cohen dan Senator Sam Nunn mengambil inisiatif mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa supaya Anwar dibebaskan. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich dan Cohen mengadakan makan malam di Hotel Washington, DC pada 24 Februari 2005.
Anwar Ibrahim (tengah) diapit oleh dua tokoh zionis yang terlibat sebagai arkitek perang di Amerika Syarikat dalam makan malam anjuran The Cohen Group pada 24 Februari 2005, di Hotel Washinton DC.
Dari kiri Sir William S Cohen (dari parti Demokrat) seorang bangsa Yahudi yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Manakala di sebelah kanan adalah Paul Wolfowitz, dari parti Republikan, seorang Yahudi yang pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.
Walaupun Cohen dan Wolfowitz berbeza parti – Cohen, pro Demokrat, Wolfowitz, pro Republikan, tetapi mereka sealiran dari segi aliran zionis yang sama-sama berkongsi aset (Anwar) untuk kepentingan mereka.
Selepas dijamu dengan makan malam, pada keesokan harinya, 25 Februari, Cohen menjemput Anwar menyertai diskusi “Hubungan Amerika Syarikat dengan Dunia Islam”, di di Jacksonville, Florida. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh The Cohen Group.
Sir William Cohen mempengerusikan diskusi itu dengan menjemput tokoh-tokoh Islam pro Amerika Syarikat dengan tokoh-tokoh zionis yang terlibat dalam pembuat dasar Amerika Syarikat. Antara tokoh Islam pro Amerika adalah Anwar Ibrahim, Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Asia Foundation), Dr. Shibley Telhami (Profesor yang mengkaji pemikiran Anwar Sadat di Universiti Maryland), Dr. Ahmed Kamal Aboulmagd (Profesor of Public Law di Cairo Umiversity) dan Hala Shakir Mustafa Saleem (Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq).
Manakala pembuat dasar Amerika pula terdiri daripada; Jeneral John Abizaid (Commander of The U.S Central Command of The Armed Forces); Senator George Allen (Virginia) ; David D. Arnold (President of The American University in Cairo); Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California) ; Wolf Blitzer (CNN); William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS); Susan Eiseenhower (President of The Eisenhower Group); Senator Lindsey O. Graham (South Carolina), Senator Lindsey O. Graham (South Carolina); David Ignatius (Washington Post); Jim Kolbe (Member of The United State House of Representatives, Arizona).
credit to : http://www.anwaraidc.com/?p=1761 and team.
No comments:
Post a Comment