Monday, April 8, 2013

"Tanya Sama Najib" Anwar Dalang Pembunuhan Wira Negara di Lahad Datu



Tanya sama Najib 
apa pasal goyang 
nanti jawab Najib 
Sabah nak hilang! 

Lirik diatas adalah rangkap lagu yang sering didengar Penduduk Kampung yang dinyanyikan Anwar manusia rosak akhlak dalam hampir semua ceramah umum yang dihadirinya. Lagu itu dinyanyikan bukan sahaja di Sabah, tetapi di merata tempat termasuk di Semenanjung.

Selama ini Penduduk Kampung kurang ambil peduli nyanyian itu, kerana dinyanyikan oleh orang yang meroyan nak ke Putrajaya biasa la emosi tak stabil. Peristiwa pencerobohan dan serangan pengganas subversif anasir luar daripada Filipina baru ini sehingga mengorbankan pegawai dan anggota PDRM membongkar segalanya!

Menurut laporan media Filipina berdasarkan laporan risik yang mereka terima, pimpinan pembangkang Malaysia adalah dalang kepada serangan dan rancangan jahat menjahanamkan Sabah!

Malah Presiden Filipina Benigno Aquino III mendedahkan terdapat dalang yang membiayai pencerobohan terhadap Sabah tersebut (byk duit ehh?); kerana tidak mungkin Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu mampu membiayai kos rancangan jahat itu kerana beliau sendiri menerima bantuan kehidupan daripada Jabatan Kebajikan Filipina, malah kos rawatan dialysis beliau ditanggung oleh Kerajaan Filipina!

Sabah dilihat oleh manusia biadap Anwar Ibrahim ini sebagai tanah emas untuk Pakatan Haram menggapai matlamat ke Putrajaya. Sebab itu Anwar beralih ke Sabah. Kita jangan lupa Anwar merupakan dalang utama membawa masuk UMNO ke Sabah. 

Sebab itu semasa konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan BN melalui kaedah pintu belakang pada 16 Sept 2008, (biasa la makhluk ni memang suka main belakang-belakang) antara tumpuan Anwar adalah kepada wakil rakyat Sabah! Beberapa pimpinan UMNO Sabah mendedahkan bagaimana Anwar cuba mempengaruhi mereka. Ini termasuk Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Datuk Bung Mukhtar (Kinabatangan) dan lain-lain. 

Yang mana termakan pujukan Anwar seperti komponen dari BN, Parti SAPP daripada Tawau (Dr. Chua) dan Sepanggar (Dr. Eric) telah memilih keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas yang pro-pembangkang. Mutakhir, dua Ahli Parlimen BN iaitu Lajim Ukin (Beaufort) dan Wlifred Burumbing (Tuaran) memilih keluar daripada BN dan memilih menjadi MP pro-pembangkang. 

Isu pendatang asing khususnya daripada Filipina sangat mempengaruhi dan boleh mempengaruhi politik Sabah. Pembongkaran dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai peranan beberapa tokoh politik dalam pengeluaran kad pengenalan palsu telah menggemparkan negara.

Tun Mahathir mendakwa Anwar antara dalang yang terlibat!

Jika Anwar berjaya mempengaruhi etnik penganut kristian dan kaum Sulu daripada Filipina untuk menyokong pembangkang didalam PRU-13, ianya akan memberi kesan serius kepada BN yang selama ini melihat Sabah sebagai "deposit-tetap" nya dalam mana-mana pilihanraya.

Penduduk Kampung terkejut apabila pendedahan media Filipina mengenai peranan pimpinan pembangkang Malaysia sebagai dalang pencerobohan dan serangan anasir subversif asing daripada Filipina.

Persoalannya ialah, apa atau siapa dalang yang menyebabkan atau mendorong Kiram III memilih menceroboh dan menyerang Sabah? Apa tujuan dan matlamat dalang-dalang ini? Penduduk Kampung tertarik dengan penglibatan Tianchua dan Sivarasa dalam isu Sabah ini. 2 ekor KELDAI tunggangan Anwar.

Sekarang sudah terbongkar kedua-dua KELDAI Anwar ini telah pergi ke Filipina. Ini diakui sendiri oleh Anwar (yang mendakwa kedua-dua Naib Presiden PKR ini pergi ke Manila untuk tujuan lain kononnya). Apa tujuan mereka? Siapa yang mereka temui?

Malah kini sudah terbongkar Anwar pernah beberapa kali bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Moro Nationalist Liberation Front (MNLF). Dan kini terbukti Nur Misuari adalah penyokong tegar kepada Kiram III.

Dan kita tahu dalam memainkan peranan mendamaikan Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina, Kerajaan Malaysia menggunakan networking Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan bukan MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari!

Tian Chua dan Sivarasa? Apa penglibatan 2 ekor KELDAI ini dalam isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam anggota keselamatan Malaysia di Sabah? Adakah mereka terlibat? Mungkin ada yang sudah lupa, inilah 2 ekor KELDAI yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an.

Pada 09 Nov 1996, 2 ekor KELDAI ini adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram (mmg cam HARAM!!!) menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). 

Maka rakyat Malaysia, dipelopori oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menggerakkan massa dengan menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO masa itu Saifuddin Nasution Ismail. 

Hari ini Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agong PKR merangkap Ahli Parlimen Macang! Tianchua dan Sivarasa pula adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu & Subang bagi PKR. 

Betapa ironisnya dunia politik ini. Dahulu bermusuhan sehingga bersepak terajang, hari ini bercium sekatil; sebantal!! 2 ekor KELDAI ni adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET.

Dan Pak Gusdur, rakan baik Anwar akhirnya memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste. Gusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia!

Apakah lirik lagu "Sabah kan hilang" yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur?

Sekali lagi ‘wayang’ dengan skrip yang sama serta pelakon yang sama telah diatur dengan rapi. Siapa pengarah disebalik ‘wayang’ tersebut?. "wamakaruwama karallah, wallah hukhoirul maakiriin - Anwar merancang tipu-daya, ALLah juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya"

Sumber: Raja Petra Kamarudin 

No comments:

Post a Comment