Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Terima kasih Mahasiswa UiTM dan IPTA yang menyokong Khalid Mohd Ismath.

Penduduk Kampung mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukan mahasiswa UiTM dan IPTA lain terhadap Khalid Mohd Ismath.

Teruskan menyokong Khalid Mohd Ismath jika anda rasa dia wakil anda
tetapi baca dulu ini cerita....
Nak sokong jugak liPAS itu teruskan......



Melalui sumber rapat Penduduk Kampung berkenaan isu ini....dijelaskan bahawa...

Sumber rapat PERTAMA Penduduk Kampung. (kawan Timbalan Dekan Undang-Undang)
  • Timbalan Dekan Undang-Undang memangil Khalid Mohd Ismath untuk memberi teguran sahaja.
  • Timbalan Dekan Undang-Undang mohon "remove" "penuntut UiTM jurusan Undang-Undang" kerana boleh menyebabkan implikasi besar terhadap fakulti dan UiTM kerana ayat digunakan tidak diajar oleh pihak Universiti @ mak bapak anda (mak bapak ni Penduduk Kampung tambah perisa sebab yakin mak bapak dia tak ajar ayat ini). 
  • Tulisan anda menjejaskan reputasi mahasiswa UiTM pada pandangan masyarakat umum dan industri.
  • Timbalan Dekan Undang-Undang memberi nasihat supaya anda tidak diperalatkan dan jika mahu teruskan artikel ini TOLONG buang perkataan UiTM.
  • Jika anda terus meletakan perkataan UiTM anda boleh dikenakan tindakan kerana mencemarkan nama Universiti.
Jadi...SALAH ke Timbalan Dekan Undang-Undang ini?
Ianya cuma satu proses biasa dan Timbalan Dekan Undang-Undang menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Adakah KEBEBASAN bersuara begini yang mahasiswa inginkan?
Mahasiswa UiTM pikirkan la sendiri jawapannya.

Sumber rapat KEDUA Penduduk Kampung . ( kawan  Khalid Mohd Ismath)

Sebelum isu dikeluarkan oleh Malaysia Kini.
  • Khalid Mohd Ismath telah memohon maaf kepada Timbalan Dekan Undang-Undang dan menarik balik "post"nya.
  • Mengakui tulisannya tidak mencerminkannya sebagai penuntut MAHASISWA undang-undang UiTM.
Selepas isu dikeluarkan oleh Malaysia Kini.
  • Telah berjumpa dengan Timbalan Dekan Undang-Undang dan menyatakan tulisan dalam Malaysia kini dan rakan-rakan bloggers pro PAKATAN HARAM bukan dari sumbernya.
  • Tidak mengetahui bagaimana boleh timbul soal melawan kerajaanmengugut untuk dikenakan tindakan disiplin serta diancam akan dibuang dari universiti oleh Timbalan Dekan Undang-Undang.
  • Apa yang dipaparkan adalah palsu dan telah mengakui bahawa dia telah diperalatkan akibat dari perbuatanya sebelum ini.
  • Telah sedar bahawa dia telah menyusahkan rakan-rakan MAHASISWA Undang-Undang, UiTM dan pihak pentadbiran UiTM.
Jadi...kenapa ianya cukup hangat????

Satu...

Kenyataan MPP seolah-olah menyokong Khalid Mohd Ismath menyemarakan api kebencian MAHASISWA UiTM terhadap pihak pentadbiran UiTM.

Dua..

Kenyataan "jalan selamat" MPP seolah-olah TAKUT untuk menegakan KEBENARAN kerana :

Ketiga..

Sumber rapat KETIGA Penduduk Kampung . ( kawan  MPP )
  • Beberapa ahli MPP telah BERSAMA Khalid Mohd Ismath BERJUMPA Timbalan Dekan Undang-Undang dan mengetahui perkara yang dibincangkan dan tahu penderian UiTM serta perkara sebenar yang berlaku.
  • Apa yang dibincangkan berkenaan perjumpaan tersebut Penduduk Kampung tidak akan menulis di sini dan berharap MPP berkenaan memulihkan keadaan kerana anda ketua khalifah 180,000 mahasiswa UiTM.
Semua Mahasiswa UiTM menanti jawapan dari anda berdua....Mahasiswa UiTM tidak perlu jawapan dari pihak lain.

Bersama-sama lah kita menasihati semasa kita...JANGAN sampai.... ALLAH s.w.t yang nasihatkan kita.

Kepada Allah SWT sajalah kita berserah agar yang benar akan terbela, yang salah akan dapat hidayah. Wallahualam.