Showing posts with label guan eng. Show all posts
Showing posts with label guan eng. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Jangan lupa sejarah Mahasiswa





“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” –Tun Abdul Razak

ADA banyak perkara yang boleh dipilih untuk memulakan sebuah kolum, dan sengaja saya memilih untuk menulis, apa yang sebenarnya berlaku, beberapa ketika sebelum 13 Mei 1969.

Bagi generasi yang lahir selepasnya, kami hanya mengetahui peristiwa ‘defining moment’ itu melalui cerita orang tua-tua, juga pembacaan yang terhad.

Kita mengingati 13 Mei sebagai hari di mana sistem Demokrasi Berparlimen telah kalah. Perlembagaan digantung. Undang-undang darurat dikuatkuasakan.


Dua etnik yang membentuk majoriti besar, Melayu dan Cina bergaduh, berbunuhan, kedai dan rumah dibakar, dan negara yang dibina bertahun lamanya terjerumus dalam ‘perangkap’ sekelip mata.





Malaysia baru berusia enam tahun ketika kejadian 13 Mei 1969. Sebelum itu, Semenanjung ini, nama rasminya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963, membentuk Malaysia.

Singapura ditendang keluar oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965, kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew membuat onar dengan membangkitkan sentimen Malaysian Malaysia hingga menguris hati orang-orang Melayu di sini.

Kuan Yew dan parti PAP sungguhpun sudah tiada kena mengena dengan politik negara selepas disingkirkan, berjaya meninggalkan ‘anak’, cawangan PAP di sini, yang kemudian hari dikenali sebagai DAP.

Adakah rusuhan kaum terbesar itu terjadi begitu sahaja, tanpa angin dan ribut, tanpa disemai benih-benih kebencian yang kemudian bertukar menjadi taufan yang dashyat?

Sudah tentu tidak, 13 Mei hanya hari kemuncaknya sahaja, ada peristiwa-peristiwa lain yang boleh disifatkan sebagai ‘menyemai angin’ dilakukan oleh pihak tertentu, dan natijah kemudiannya seperti yang kita tahu ‘menuai badai’.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menulis dengan jelas, pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam bukunya 13 Mei Sebelum Dan Selepas terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kata Tunku, “faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.”





Beliau menyenaraikan beberapa kejadian antaranya, berbagai-bagai bentuk mogok (hartal) yang diapikan oleh barisan hadapan Komunis sejak 1967 lagi.

Selain itu,pada Jun 1968, tindakan pembangkang yang mempolemikkan hukuman bunuh kepada 11 ahli Komunis hingga memaksa hukuman dipinda kepada penjara seumur hidup.

“Satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu,” kata Tunku yang telah memanaskan suhu politik negara terutamanya antara kaum Cina dan Melayu.

Juga kematian seorang petugas pilihan raya UMNO yang dibunuh anasir komunis pada 24 April 1969 di Pulau Pinang, bernama Kassim Omar, yang mayatnya dilumur cat merah bertulis perkataan “Jangan mengundi dalam pilihan raya”

Peristiwa lain yang turut memanaskan hubungan antara kaum adalah ‘perarakan mayat’ pada 9 Mei, sehari sebelum tarikh mengundi, apabila seorang pemuda Cina Lim Soon Seng, 24, mati ditembak pihak berkuasa.

Tunku mengenang semula peristiwa itu ” Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

“Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital.”

Pembangkang dan komunis kemudian mengambil kesempatan dari kematian pemuda itu untuk menganjurkan perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei 1969, perarakan itu terjadi, dengan melewati jalan-jalan utama di tengah bandar iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh.

Perarakan dengan berbagai-bagai slogan dan sepanduk, nyanyian dan ucapan itu ‘membakar’ semangat melawan yang tinggi di kalangan kaum Cina.

Keesokan harinya, 10 Mei merupakan hari pembuangan undi dan pembangkang menang besar dalam pilihanraya umum itu.

Mereka yang mabuk kemenangan berarak pula meraikan kemenangan pada 12 Mei. Dengan slogan dan nyanyian, juga provokasi termasuk kata Tunku “penyapu besar yang diusung simbol menghalau orang Melayu”

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Abu Bakar bin Abdul Aziz, seperti yang dicatatkan Tunku;”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David (pemimpin pembangkang). Dia kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih.

“Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya.

Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.” Kata pengawai polis itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan di dalam buku Tunku itu.

Dan pada 13 Mei, orang-orang Melayu pula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, bagi mengadakan perhimpunan membalas perarakan kemenangan pembangkang.

Akhirnya, apa yang terjadi tidak boleh diubah lagi. Api, kata Tunku, di Kuala Lumpur menjulang tinggi hingga boleh dilihat dari kediaman rasminya.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit,” imbas Tunku.

Hari ini, generasi saya barangkali tidak melalui kepahitan tersebut, namun kejadian itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh berulang.

Melihat kepada keghairahan luar biasa pembangkang yang berterusan membakar sentimen rakyat sejak pilihan raya umum lepas, amat menggusarkan.

Politik bagi pembangkang kini, bukan lagi soal pembangunan atau prinsip perjuangan. Mereka hanya fokus kepada satu perkara “mengambil alih Putrajaya”.

Jika perlu rakyat dihasut untuk tujuan itu, rakyat dihasut, jika perlu buat perhimpunan tunjuk kekuatan, buat perhimpunan, pokoknya kemarahan rakyat perlu terus diapi-apikan sehingga pilihan raya umum nanti.

Soalnya, bagaimana jika pembangkang gagal ambil alih kerajaan pilihanraya ke 13 itu nanti? Apakah SPR akan disalahkan seperti selalu? Apakah 30, 40 ribu penyokong mereka akan berhimpun dan mencetuskan kekacauan hingga melupakan hak 28 juta rakyat Malaysia lainnya?

Satu yang kita belajar dari 13 Mei 1969 adalah, kejadian tersebut boleh dielakkan jika ada ketegasan pihak berkuasa, bagi menghalangnya beberapa perarakan/perhimpunan dari awal lagi.

Kini selepas 42 tahun kejadian itu, adakah kita merasa bahawa ia tidak boleh berulang lagi?

Ingat kata-kata Tunku bahawa 13 Mei itu adalah “bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai,”.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang berterusan memprovokasi ‘silent majority’ dengan berbagai-bagai perkara sejak beberapa tahun terakhir ini.

Adakah kita tidak dapat melihat ‘kilasan masa depan’ jika ia berterusan begini.

Provokasi akan dibalas provokasi, lihat saja perhimpunan BERSIH 9 Julai ini oleh pembangkang. Kini, PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali juga mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bagi menghalangnya.

Apa akan jadi! Perhimpunan di tengah jalan raya ini, baik oleh sesiapa saja, hanya akan menganggu keamanan ‘silent majority’ dan lebih menakutkan jika perhimpunan yang konon aman bertukar sebaliknya (siapa boleh jamin ia tidak akan berlaku begitu?)





Belajarlah dari sejarah, belajarlah membaca ‘kilasan masa depan’.

15/6/2011-OLEH HELME HANAFI
http://www.agendadaily.com/NASI-TAMBAH-HELME-HANAFI/himpunan-bersihdan-imbasan-kenangan-menjelang-13-mei-1969.html


Monday, February 27, 2012

Matlamat menghalalkan cara...


Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan ‘urusan’ lain.


Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom (gambar – bawah) kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.
Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.
Beliau kini bekhidmat sebagai Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor.
Fungsinya antara lain mengatur ceramah,penerangan,kawal selia laman web dan sebagainya.
Beliau juga pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.
Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ,sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.Banyak VCD zikir munajadnya di jual serata tempat termasuk pasar malam.
Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang – agendadaily
Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kecoh kena tangkap khalwat dengan isteri orang pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan media awal pagi Ahad. Dalam kenyataan tersebut Badrul menafikan kena tangkap khalwat dengan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Sebaliknya, mendakwa diserbu dan dipukul di hotel penginapannya oleh suami perempuan tersebut bersama-sama dengan 20 orang yang tidak dikenalinya dan kemudian baru pegawai JAIP datang.
Menurut Badrul, beliau mengenali wanita tersebut lebih setahun yang lalu semasa membawa rombongan umrah.
Kami siarkan kenyataan penuh Dr Badrulamin seperti dibawah ini. -26/2/2012
Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron





Thursday, February 2, 2012

Ada ke nama Kg Inter Milan kat Pulau Pinang?

LIM GUAN ENG DAN KELUARGA BERCUTI DI ITALY?

Singapore Airlines business class-Raflles Class

  • INI semua salah UMNO..mesti UMNO reka-reka cerita...HAHAHAHA...UMNO jugak...
  • Betul ke? Kalau betul siapa yang tanggung percutian ni? Siap bawa family naik kapal terbang mewah...Kampung di Pulau Pinang nak dirobohkan pulak...
  • SPRM kena siasat...adakah Gaji Ketua Menteri mampu untuk percutian sebegini? Ini belum masuk kos hotel murah yang diduduki Guang Eng dan duit makanan bungkus serta shopping bundle ketua menteri ini.
  • Guan Eng kena dedahkan keluarga dia kerja apa dan tiada kaitan dengan projek-projek kerajaan negeri.
  • Kenapa naik di Airport Singapura dan tidak di KLIA yang airport tax lagi murah?

Harga tiket flight yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...
Kalau booking online di singapore airlines

  • Ini baru kos tiket flight....
  • Baru RM 16 ribu je...kelas biasa la...
  • Guan Eng murah lagi kot...mesti ada special price...
Harga package yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...


  • Guan Eng free la kot...mungkin kerajaan ITALY invite dia buat lawatan kerja..tak pun mesti ada sponsor kot...kena tanya la dia sama ada pergi pakej ini atau sponsor by...??? Tidak baik fitnah...
Malas la penduduk kampung nak ulas...banyak package yang ditawarkan travel agensi.. 

RAKYAT sudah tolak PAKATAN HARAM.

Kita tunggu la Ketua Menteri ini buat sidang media @ live telecast dari ITALY...