Sebelum 9 Julai 2011, aku tengok Malaysia macam nak huru-hara... Provokasi mengambil tempat di alam maya... Pelbagai ragam dapat dilihat dan diukur; menunjukkan tahap pemikiran minda anak-anak muda masa kini.
Semua imi berkisar dan terarah kepada satu isu iaitu : BERSIH.
SEBELUM: Anak muda dikatakan medium yang paling berkuasa mengasak kerajaan supaya merombak sistem pilihanraya Malaysia. Walaupun yang memimpin mereka tak lah muda sangat, anak-anak muda GAH melaungkan amaran supaya kerajaan mengambil berat terhadp tutuntun BERSIH.
SEMASA: Anak muda mula membanjiri Kuala Lumpur. Dengan semangat anti kerajaan yang telah meresapi minda hasil ceramah yang dianjurkan dan disebarkan melalui medium alam maya, anak-anak muda ini siap sedia untuk bertempur dengan FRU. Yang peliknya pada 9 Julai 2011, slogan yang dibawa oleh anak-anak muda ini adalah "hidup-hidup,hidup rakyat", "hidup-hidup,hidup keadilan", "hidup-hidup,hidup anwar", "tumbang-tumbang,tumbang kerajaan" dan trademark paling membakar semangat "takbir!!! Allah huakbar" dan "reformasi". Dimana laungan tuntuan BERSIH? Dimana ideologi yang mahukan kerajaan merombak sistem pilihanraya Malaysia? Semuanya ke tong sampah pada malam 8 Julai 2011 pukul 11.59 malam. Ini kerana bermula pada 9 Julai 2011 ideologi yang meresap masuk adalah untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dikatakan ZALIM.
SELEPAS: Ramai pihak mengambil peluang. Forum-forum dianjurkan seolah-olah post-motem terhadap 9 Julai 2011. Yang jelas Malaysia tetap aman dan kerajaan masih menjalankan tugas untuk memajukan Malaysia. Dimana anak-anak muda sebelum ini yang lantang dan sanggup berjihad? Adakah telah dipinggirkan? Adakah medium perkakasan golongan yang berpengalaman ini telah diberi CUTI kerana berjaya berdemotrasi? Adakah istilah cuti dalam perjuangan? Adakah anak-anak muda ini telah berpuas hati terhadap hasil mereka menyanjung perjuangan Ambiga, A.Samad Said dan Mat Sabu? Bagaimana pula Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka?
Yang pasti untuk mengalihkan kegagalan perhimpunan BERSIH adalah isu KAPAL SELAM yang dibeli oleh kerajaan Malaysia.
Wahai anak-anak muda bersiap sedia kita selepas ini untuk kita berdemonstrasi berkenaan isu KAPAL SELAM Malaysia dan Peguam Perancis yang dikatakan memperjuang dan mempertahankan Malaysia daripada terus di ZALIMI kerajaan yang dipimpin BARISAN NASIONAL.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment