Sudah diketahui semua... apa yang berlaku di Negara Arab seperti Mesir dan Libya...
Umumnya masyarakat berpendapat anak muda sudah mula sedar dan bangkit dari tidur yang lena... Kerajaan khasnya dikatakan cukup takut dengan kebangkitan anak muda ini.
Dalam Negaraku ini, kerajaan mula mengorak langkah merapati anak muda melalui medium yang dikatakan paling efektif iaitu facebook dan twitter. Pelbagai pendapat dan cadangan disalurkan melalui medium ini. Sejauh mana keberkesananya tidak pula dapat diukur. Ada yang menghentam sesuka hati dan ada pula yang puji melambung... Ada juga yang mengeluarkan input-input yang bernas.
Tahukah kita semua bahawa apakah x-factor yang membawa semua anak muda rakyat Malaysia ini bersatu di Alam Maya ini?
Adakah disebabkan negara kita akan menghadapi pilihanraya ke-13 tidak lama lagi?
Adakah sebab blogger sudah dianggap satu peluang pekerjaan yang mempunyai masa depan yang cerah?
Adakah sebab rakyat kita sudah mula membeli belah secara on-line?
Atau pun Malaysia sedang bergerak ke arah negara maju?
Jika diamati sebenarnya jiwa anak muda ini... apa fokus anak muda ini sebenarnya? Politik atau Glamour atau Perhatian?
Anak muda ini la yang dikatakan bakal memimpin negara...
Anak muda ini la yang kerajaan wajib dengar pendapat dan cadangan mereka...
Anak muda ini la jika kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka akan binasakan kerajaan...
TETAPI.....jangan lupa
Anak muda DULU ini la yang memimpin negara sekarang..
Anak muda DULU ini la yang kerajaan dengar pendapat dan cadangan mereka untuk kemajuan sekarang...
Anak muda DULU ini la yang kerajaan KAJI Tuntutan mereka untuk menjamin kemakmuran sekarang..
KENAPA... Anak Muda sekarang perlu BONGKAK dan SOMBONG...
Di mana kematangan pemikiran jika hendak Negara berubah?
Di mana kewarasan untuk menilai apa yang berlaku?
Di mana rasionalnya jika semuanya mahu dilakukan sekelip mata?
Di mana ideanya untuk diketengahkan?
Di mana pemimpin muda untuk diangkat sebagai wira?
Anak Muda...
Cukup ke sekadar menjadi vokal sahaja?
Cukup ke sekadar menjadi fighter sahaja?
Cukup ke sekadar menjadi pelengkap sahaja?
Saya anak merdeka... fikir la untuk kesihatan minda...
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment