Thursday, March 1, 2012

Utusan Malaysia - untung besar




Untung pracukai Utusan meningkat kepada RM17.33j

Untung pracukai
Utusan Melayu (M) Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, meningkat kepada RM17.33 juta daripada RM4.77 juta dalam tempoh yang sama 2010.

Pendapatan menambah kepada RM366.16 juta daripada RM341.39 juta sebelumnya, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Utusan berkata keputusan yang menggalakkan itu dirangsang oleh pendapatan pengiklanan yang tinggi, perolehan daripada pelupusan anak syarikat dan sumbangan oleh syarikat sekutu.

Untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2011, untung pracukainya, bagaimanapun, jatuh kepada RM12.37 juta daripada RM15.46 juta dalam suku yang sama 2010.

Pendapatan mengukuh kepada RM99.41 juta daripada RM94.78 juta sebelumnya.

Bergerak ke hadapan, Utusan berkata 2012 akan terus mencatatkan cabaran ekoran saingan sengit untuk penguasaan pasaran perbelanjaan iklan di kalangan semua media.

Bagaimanapun, Utusan menjangkakan pertumbuhan yang positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan keseluruhan akan menyediakan peluang untuk kumpulan untuk pendapatan pengiklanan.
-------------------------

Harakakah untung ke?
Harakakah daftar tak kat bursa Malaysia?

Rakyat yakin berita yang disampaikan oleh UTUSAN MALAYSIA ini telus dan tidak mengadu domba.

Taniah Kumpulan Utusan.

No comments:

Post a Comment