Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Yang mana pilihan rakyat? Parti jenama "ISLAM" @ Parti buatan "ISLAM"



Akan datang suatu zaman dimana berjuang untuk Islam itu seperti memegang bara api yang panas; Islam akan dianggap asing, yang berjuang untuk Islam dianggap orang asing, jumlahnya terlalu sedikit. Beruntonglah mereka yang termasuk golongan yang sedikit itu!


Penamaan serta peletakan calon telah ditetapkan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Persoalannya siapa yang akan menguasai kerajaan, BN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun PR dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu cabaran besar.

Dalam penamaan calon yang lalu kita melihat sebanyak 132 kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 57 pertandingan tiga penjuru, 24 pertandingan empat penjuru, tujuh pertandingan lima penjuru, satu pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru.

Sebanyak 320 kerusi DUN melibatkan pertandingan satu lawan satu, 107 pertandingan tiga penjuru, 42 pertandingan empat penjuru, 25 pertandingan lima penjuru, 10 pertandingan enam penjuru dan satu pertandingan tujuh penjuru, berdasarkan senarai calon bertanding, daripada 579 calon kerusi Parlimen, 221 ditandingi Barisan Nasional (BN), 73 (Pas), 99 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 51 (DAP) dan 28 (State Reform Party - Star).

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan.

Jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus. Seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu.

Antara BN dan PR yang manakah akan menjadi pilihan rakyat? Selama pemerhatian PK, BN dilihat mempunyai peluang dalam mentadbir kembali kerajaan,walaupun ada sesetengah tempat dilihat kubu kuat pembangkang. Pembangkang sekarang dilihat salah 1 parti yang penuh dengan kecelaruran,penipuan,ketidakadilan dan macam-macam lagi.



Suka PK mengenang kembali penubuhan Interfaith Commission - Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006 oleh Ambiga Sreenavasan dan Bar Council,umat Islam-Melayu khususnya UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!

Semasa Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim membuat kenyataan di premis Gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya pada 03.11.2012 bahawa orang Melayu juga patut diberi kebebasan memilih agama, memberi makna orang Melayu yang ditafsir menurut Artikel 160 Perlembagaan sebagai wajib Islam boleh murtad.

Dia di apit oleh pemimpin kanan PAS! Umat Melayu-Islam terutama UMNO dan beberapa NGO bangkit bersatu menentang; tetapi PAS tidak! Dimana pendirian PAS? Adakah PAS telah di tabligh oleh PKR serta si KAFIR DAP?Sampai pak aji serta “ostaz” mempertahankan Nurul Izzah. 

Siapa yang istiqomah dalam perjuangan? UMNO atau PAS?
Adakah cukop sekadar melabel diri dengan jenama Islam maka sudah dijamin masuk syurga? 
Patutkah kita menolak parti yang ditubuhkan untuk membangunkan agama serta bangsa?

Aamantu billah summastaqeem - beriman lah kepada ALLAH dan istiqomah lah!

Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha kalimah ALLAH digadai!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Islam dihina!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Melayu dihina!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing ye!

Wallahua'lam dan wassalam!




Wednesday, May 23, 2012

TOLONG RAHSIAKAN DARIPADA ORANG MELAYU

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

PM pertama Kristian


Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?
Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT



Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.
Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber
Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?
Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
PS: ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE!!!
MELAYU ITU BANGSAKU!!!
MALAYSIA ITU NEGARAKU!!!
Credit to: http://midvoices.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-daripada-orang-melayu.html

Wednesday, February 29, 2012

LYNAS = LIWAT?


Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.

KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.

Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalahBUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.

Kesimpulannya

sebelum kita nak keluarkan satu kenyataan, cari la fakta sebenar dulu, search je internet… melambak-lambak info pasal radioactive tu kt internet. so..ini hanyalah sedikit info yang dikongsikan. kalau tak puas hati jugak, cari la kt internet sendiri. Selalunya, KEBENARAN nie memang pahit nak ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Anda Baca, Anda Fikir dan Tafsirlah sendiri.



AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA




Thursday, February 9, 2012

Kerajaan bayar wakil Ikhwan Muslimin keluar kenyataan mengenai Anwar Ibrahim?


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.
Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu.
* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu –




Tuesday, February 7, 2012

Haji Hadi tahu ke ni? Nik Aziz tahu ke orang dia terlibat juga? Pas kena ambil tindakan la..

Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri menyambut kedatangan Sir William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika, di Kuala Lumpur, anjuran IKD & APPC.

Sejarah ANWAR IBRAHIM bersama Yahudi..

Selamat membaca.

Sekembalinya dari menemui Elliots Abrams dari White House, 24 Februari 2005, pada sebelah malamnya, Anwar dijamu pula makan malam oleh sahabat lamanya Sir William Sebastian Cohen.

Makan malam itu disusun secara formal oleh The Cohen Group (syarikat milik William Cohen)di hotel kediaman Anwar iaitu Hotel Washington DC. Turut hadir dalam majlis itu, adalah Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS/Zionis), Jeneral Pete Pace (Pegawai Angkatan Tertinggi Tentera US/Pentagon), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Agen US di Asia Tenggara), Alvin Toffler (Penulis Yahudi pro Bush) dan lain-lain.

Siapa William Cohen ? Bagaimana Cohen boleh mengenali Anwar ?

Sir William Cohen merupakan seorang zionis yang pernah memegang jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (1997-2001), semasa Presiden Bill Clinton. Beliau dari Parti Demokrat. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Cohen mengenali Anwar melalui ‘Projek Dailog Pasifik’ yang dianjurkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) dengan kerjasama penaja utama Anwar iaitu yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation). ‘Projek Dailog Pasifik’ dianjurkan oleh Anwar sekitar tahun 1994-1998, sebaik sahaja Anwar berjaya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk mengangkat imej Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Kejayaan utama ‘Projek Dailog Pasifik’ adalah berhasil membawa tokoh-tokoh Zionis dari Amerika Syarikat seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu disebut-sebut sebagai bakal PM.

Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis, ‘Sangat mendalam dan lama’. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut.

Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu siapakah sebenarnya di belakang Projek Dailog Pasifik itu, kecuali yang disebut Anwar iaitu IKD dan KAF.

Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 juta kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan ‘Projek Dailog Pasifik’, pada tahun 1994-1998.

Dato Abdul Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 juta dan APPC sebanyak RM38 juta.

Kamaruddin Jaafar, Pengerusi IKD (kiri) dan Douglas Paal, Pengerusi APPC

DI mana Kamaruddin Jaafar yang kaya raya sekarang? Dia berada dalam parti politik mana?

Selepas pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara barulah rakyat Malaysia tahu bahawa penganjuran Dailog Pasifik itu dilakukan oleh APPC milik Douglas Paal, sebuah badan pemikir zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Tanpa pendedahan Datuk Abdul Murad, pada tahun 1999, berkemungkinan besar, peranan Douglas Paal dan APPC tidak akan terbongkar sampai sekarang. Bermakna rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar sebelum ini dari tahun 1994-1998 yang mendakwa projek itu hanya dilakukan oleh IKD dengan kerjasama KAF.

Hubungan dua hala Anwar – Cohen

Projek Dialog Pasifik anjuran APPC itu berjaya menerbangkan Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat tiga kali ke Malaysia. Kali pertama pada 13-15 November 1994, kali kedua pada 21-22 November 1996 dan kali ketiga pada 13-15 Januari 1998. Turut bersama mengiringi Cohen adalah Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Senator Sam Nunn (Pengerusi Senat Jawatan Perkhidmatan Senjata Amerika Syarikat).

Cohen pula mengadakan jemputan balas dengan menjemput Anwar bermesyuarat secara empat mata dengannya di Pentagon pada 16 April 1998. Kedatangan Anwar ke Pentagon disambut dengan acara perbarisan anggota tentera Amerika Syarikat di ketuai oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (Old Guard), Amerika Syarikat. Acara pembarisan sambutan tentera ke atas Anwar itu diadakan di River Parade Field, Pentagon.

Anwar disambut oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (tengah) dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa lawatan Anwar ke Pentagon Pentagon pada 16 April 1998


Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bermesyuarat empat mata dengan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Pentagon pada 16 April 1998


Selain CIA dan FBI, Pentagon dikenali sebagai ‘pusat penyelidikan/pegumpulan maklumat’ Amerika Syarikat. Bahkan peranan Pentagon lebih besar kerana jabatan itu mengawal NSA (National Security Agency) yang turut bekerjasama dengan CIA dan FBI. Tidak semua warganegara Amerika Syarikat bebas keluar masuk ke bangunan Pentagon, kerana kawalannya sangat ketat, inikan lagi warganegara asing.

Begitu juga tidak semua pemimpin-pemimpin negara asing dijemput bermesyuarat ke Pentagon, kecuali yang telah ditapis secara rapi sebelum ini. Anwar dicadangkan ke Pentagon dengan sokongan daripada Douglas Paal yang juga merupakan anggota NSA.

Untuk mengenali agen Amerika, soalan pertama yang perlu ditanya, “anda direkrut oleh CIA atau NSA atau kedua- duanya sekali ” ?

Sebab itu laman aangirfan.blogspot.com, mengklasifikasikan Anwar sebagain ’agen CIA’ kerana menggunakan khidmat APPC yang merupakan operasi sulit CIA yang dilakukan oleh Douglas Paal, penganalisis kanan CIA dan anggota NSA.

The Cohen Group iktiraf peranan Anwar

Menurut pengakuan Wolfowitz, semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, bersama bersama Cohen dan Senator Sam Nunn mengambil inisiatif mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa supaya Anwar dibebaskan. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich dan Cohen mengadakan makan malam di Hotel Washington, DC pada 24 Februari 2005.

Anwar Ibrahim (tengah) diapit oleh dua tokoh zionis yang terlibat sebagai arkitek perang di Amerika Syarikat dalam makan malam anjuran The Cohen Group pada 24 Februari 2005, di Hotel Washinton DC.
Dari kiri Sir William S Cohen (dari parti Demokrat) seorang bangsa Yahudi yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.  Manakala di sebelah kanan adalah Paul Wolfowitz, dari parti Republikan, seorang Yahudi yang pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.



Walaupun Cohen dan Wolfowitz berbeza parti – Cohen, pro Demokrat, Wolfowitz, pro Republikan, tetapi mereka sealiran dari segi aliran zionis yang sama-sama berkongsi aset (Anwar) untuk kepentingan mereka.

Selepas dijamu dengan makan malam, pada keesokan harinya, 25 Februari, Cohen menjemput Anwar menyertai diskusi “Hubungan Amerika Syarikat dengan Dunia Islam”, di di Jacksonville, Florida. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh The Cohen Group.

Sir William Cohen mempengerusikan diskusi itu dengan menjemput tokoh-tokoh Islam pro Amerika Syarikat dengan tokoh-tokoh zionis yang terlibat dalam pembuat dasar Amerika Syarikat. Antara tokoh Islam pro Amerika adalah Anwar Ibrahim, Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Asia Foundation), Dr. Shibley Telhami (Profesor yang mengkaji pemikiran Anwar Sadat di Universiti Maryland), Dr. Ahmed Kamal Aboulmagd (Profesor of Public Law di Cairo Umiversity) dan Hala Shakir Mustafa Saleem (Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq).

Manakala pembuat dasar Amerika pula terdiri daripada; Jeneral John Abizaid (Commander of The U.S Central Command of The Armed Forces); Senator George Allen (Virginia) ; David D. Arnold (President of The American University in Cairo); Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California) ; Wolf Blitzer (CNN); William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS); Susan Eiseenhower (President of The Eisenhower Group); Senator Lindsey O. Graham (South Carolina), Senator Lindsey O. Graham (South Carolina); David Ignatius (Washington Post); Jim Kolbe (Member of The United State House of Representatives, Arizona).

credit to : http://www.anwaraidc.com/?p=1761 and team.

Monday, February 6, 2012

Operasi JAHANAMkan Malaysia....Nik Aziz cuba rungkaikan?

Terima Kasih Tun Mahathir buang ANUar dari UMNO, Barisan Nasional.
Sekarang adalah tugas rakyat menghalang ANUgerah tuhan ini dari terus menjual Malaysia...

Sebarkanlah.. Asal Bukan ANUar Ibrahim.. (ABAI)










Thursday, February 2, 2012

Ada ke nama Kg Inter Milan kat Pulau Pinang?

LIM GUAN ENG DAN KELUARGA BERCUTI DI ITALY?

Singapore Airlines business class-Raflles Class

  • INI semua salah UMNO..mesti UMNO reka-reka cerita...HAHAHAHA...UMNO jugak...
  • Betul ke? Kalau betul siapa yang tanggung percutian ni? Siap bawa family naik kapal terbang mewah...Kampung di Pulau Pinang nak dirobohkan pulak...
  • SPRM kena siasat...adakah Gaji Ketua Menteri mampu untuk percutian sebegini? Ini belum masuk kos hotel murah yang diduduki Guang Eng dan duit makanan bungkus serta shopping bundle ketua menteri ini.
  • Guan Eng kena dedahkan keluarga dia kerja apa dan tiada kaitan dengan projek-projek kerajaan negeri.
  • Kenapa naik di Airport Singapura dan tidak di KLIA yang airport tax lagi murah?

Harga tiket flight yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...
Kalau booking online di singapore airlines

  • Ini baru kos tiket flight....
  • Baru RM 16 ribu je...kelas biasa la...
  • Guan Eng murah lagi kot...mesti ada special price...
Harga package yang mampu Kerajaan Pulau Pinang sponsor untuk penduduk kampung pergi ITALY...


  • Guan Eng free la kot...mungkin kerajaan ITALY invite dia buat lawatan kerja..tak pun mesti ada sponsor kot...kena tanya la dia sama ada pergi pakej ini atau sponsor by...??? Tidak baik fitnah...
Malas la penduduk kampung nak ulas...banyak package yang ditawarkan travel agensi.. 

RAKYAT sudah tolak PAKATAN HARAM.

Kita tunggu la Ketua Menteri ini buat sidang media @ live telecast dari ITALY...









Monday, November 14, 2011

Penipu Rakyat adalah PAS + DAP + PKR = PAKATAN HARAM



UNDILAH BARISAN NASIONAL.....yang MEMPERTAHANKAN, MEMPERJUANGKAN ISLAM.